Oleh Siti Fatimah Ishak
Adakah masih memadai denda beberapa ribu, penjara buat seketika
BANGI–
Saban hari kes kemalangan maut dirempuh pemandu mabuk dilaporkan, namun
seolah-olah tidak mendapat perhatian serius pihak kerajaan.
“Cukuplah berita yang menyedihkan buat ahli keluarga si mangsa dan ulangan berita yang turut membakar perasaan marah rakyat.
“Tidak
dinafikan mungkin ada yang sudah bosan mendengar ulangan janji demi
janji pihak yang berwajib,” kata Naib Presiden gerakan Islam, Ikatan
Muslimin Malaysia (ISMA), Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin
Beliau
hairan kenapa kerajaan tidak bertegas untuk meminda akta hukuman
terhadap pemandu mabuk yang menyebabkan kematian orang awam.
“Taiwan
jatuhkan hukuman mati kepada pemabuk yang menyebabkan kematian. Adakah
kita masih memadai dengan denda beberapa ribu dan dipenjara buat
seketika?,” soalnya.
Terbaharu,
seorang pemandu kereta maut manakala tiga penunggang dan seorang
pembonceng motosikal juga cedera selepas dirempuh pemandu mabuk yang
memandu secara melawan arus.
Minggu
lalu, dua sahabat maut selepas motosikal ditunggangi mereka dilanggar
kereta dipandu wanita disyaki dalam keadaan mabuk di Km13, Lebuhraya
Lingkaran Luar Butterworth (BORR) menghala Sungai Dua, Butterworth.
Sebelum
itu, seorang penunggang motosikal maut, manakala rakannya cedera juga
disebabkan pemandu disyaki mabuk dalam kejadian di Batu 10, Jalan Apas,
Tawau.
Sementera
Jun tahun lalu, Roslinda Mohamad Isa, 44, meninggal dunia ketika
menerima rawatan di Hospital Kepala Batas selepas gerai nasi lemak
dirempuh sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki yang dipercayai
memandu dalam keadaan mabuk.
Sebulan
kemudian, satu lagi kes sama membabitkan seorang pekerja kontrak yang
maut dilanggar pemandu dipercayai mabuk ketika sedang melakukan kerja
kawalan lalu lintas di Persiaran Perdana, Sri Damansara.
Kejadian
sama turut meragut nyawa Mohaidin Gani Mohamad, 58, apabila motosikalnya
dirempuh oleh kereta seorang wanita warga China berhampiran lampu
isyarat simpang empat Jalan Dato Keramat, di ibu negara.
Mengikut
undang-undang sedia ada, individu yang memandu dalam keadaan mabuk boleh
dikenakan tindakan mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan
1987 yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang RM1,000 dan tidak
lebih RM6,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan.
Bagi
kesalahan Seksyen 41 Akta 333 memperuntukkan bahawa mana-mana orang yang
telah didapati bersalah menyebabkan kematian kerana memandu dengan
melulu atau merbahaya hendaklah dihukum penjara untuk tempoh tidak
kurang daripada dua tahun dan tidak lebih daripada 10 tahun dan
dikenakan denda tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak lebih daripada
RM20,000.
Manakala
bagi kesalahan memandu dalam keadaan mabuk hingga menyebabkan kematian
pula, pesalah boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 44 Akta
Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman denda maksimum RM10,000 dan
penjara maksimum 12 bulan.
No comments:
Post a Comment