Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin
Jika naratif berjaya diangkat, jerit-perih askar terus dilupa
PEMIMPIN
dan rakyat Malaysia yang prihatin dan sensitif dengan perkembangan
semasa pastinya akan dapat menghidu cubaan untuk menghidupkan ideologi
komunis dan membawa naratif baru yang boleh mengubah sejarah negara.
Berdasarkan
pelbagai siri peristiwa yang berlaku tahun lalu yang seolah-olah mahu
mengangkat komunis sebagai pejuang kemerdekaan, dan bukannya pengganas.
Sekiranya naratif itu berjaya diangkat, ini bermakna jasa askar-askar
dan pasukan keselamatan yang berperang siang dan malam akan dilupakan.
Komunis
bukan sahaja terlibat dalam pembunuhan ribuan rakyat Malaysia dan
anggota keselamatan, bahkan juga terlibat dalam pembunuhan Ketua Polis
Negara yang ke-3, Tan Sri Abdul Rahman Hashim pada tahun 1974.
Berikut adalah sebahagian daripada rentetan peristiwa :
1- Ada
pihak yang berniat jahat dengan menaikkan bendera Malaysia yang salah
iaitu bendera 5 bintang di majlis perasmian Kejohanan Bola Keranjang
kali ke-28 (anjuran MABA – November 2019)
2- Seorang
tokoh perniagaan bergelar Tan Sri dikecam netizen apabila bertindak
menukar warna bendera Malaysia kepada jalur hitam berhubung isu
pengenalan tulisan khat (Ogos 2019).
3- Majikan
yang menggantung bendera terbalik bersempena dengan ambutan Hari
Kebangsaan dikecam orang ramai dan diminta tunjuk sebab kejadian yang
berlaku (Ogos 2019)
4- Yew Yin, hartawan yang menghina ATM dan PDRM mempunyai agenda yang tersembunyi (Ogos 2019).
5- Ada
pemimpin kanan DAP (NKM) yang mendakwa bahawa datuknya adalah wira
negara sedangkan mereka terlibat dengan kegiatan MPAJA dan perjuangan
komunis (Ogos 2019).
6- Abu
mayat ketua pengganas komunis, Chin Peng telah dibawa masuk ke Malaysia
pada 16 September 2019 dan disambut oleh 150 individu di Ipoh Perak
sebelum ditaburkan ke laut berhampiran Lumut Perak dan di hutan Banjawan
Titiwangsa (November 2019).
7-
Pendukung ideologi komunis cuba untuk mencipta naratif baharu
termasuklah dengan kenyataan yang mengguris hati rakyat Malaysia atas
cubaan menulis semula sejarah negara bagi mengangkat Chin Peng sebagai
wira dan pejuang kemerdekaan sebenar di negara ini.
8- Seramai
300 orang individu yang terdiri daripada bekas ahli Parti Komunis
Malaya telah berkumpul menghadiri satu perhimpunan di Kolej Universiti
New Era, Kajang yang turut dihadiri oleh ADUN DAP Ronnie Liu (Dis 2019).
9-
Beberapa pimpinan PH berpendirian bahawa isu kepulangan abu mayat bekas
pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng ke Malaysia tidak
seharusnya dijadikan isu besar kerana kerajaan Malaysia sudah pun
berdamai dengan PKM menerusi Perjanjian Damai Hatyai pada 1989 (Dis
2019).
10- Kor
Risik Diraja (KKD) memantau sebarang isu yang menjadi ancaman kepada
keselamatan negara termasuk cubaan untuk menghidupkan semula ideologi
komunis (Disember 2019).
11-
Gerakan Reformasi Veteran Angkatan Tentera Malaysia percaya bahawa masih
ada individu dan kelompok tertentu yang cuba menyebarkan ideologi
komunis dalam kalangan masyarakat. Mereka mendesak kerajaan agar
mengambil tindakan tegas terhadap individu dan kumpulan yang terbabit
dengan penyebaran ideologi komunis.
Saya
berpandangan bahawa pihak kerajaan dan pihak berwajib perlu mengambil
tindakan tegas kepada sesiapa sahaja yang cuba menghidupkan kembali PKM
ataupun ideologi komunis.
Mari
bersama kita insafi perit-jerih bekas anggota keselamatan yang
bertungkus-lumus melawan komunis dan ahli keluarga mereka yang menjadi
mangsa kezaliman komunis di Tanah Melayu suatu ketika dahulu.
Andai
komunis diberikan pengiktirafan, maka sia-sialah perjuangan pihak
keselamatan yang merupakan wira sanggup berkorban nyawa dan mengalami
kecacatan kekal semata-mata untuk mempertahankan kedaulatan negara
tercinta.
*Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin- Naib Presiden ISMA
No comments:
Post a Comment