Saturday, February 1, 2020

Angkara nafsu songsang China, dunia menderita

sitifatimah

 

Tabiat buruk pemakanan penduduk Wuhan cetus virus, wajar jadi iktibar

SATU dunia panik. Wabak coronavirus makin ‘mengganas’. Laporan kajian pasukan penyelidik China mendedahkan, kemungkinan besar virus itu tersebar daripada ular kepada manusia dan ia berlaku di pasar makanan di Wuhan.

Habis semua bintang liar mereka makan. Pedang ada tengok video yang viral. Secara mentah mereka ratah. Tak sanggup nak kongsi. Meloya tekak!

Siapa sangka penduduk di Wuhan yang kini terjejas teruk akibat coronavirus menjadikan ular tedung dan kelawar sebagai makanan eksotik wajib terutama bagi mereka yang kali pertama menjejakkan kaki ke bandar berkenaan.

Lebih menjijikkan apabila tersebar sekeping gambar seorang wanita dengan berselera menjamah sup kelawar sebagai hidangan bagi memuaskan seleranya. Amat dasyat!

Jumlah haiwan eksotik di Pasar Borong Basah Huanan, yang dipercayai sebagai lokasi utama penularan wabak berkenaan juga bukan alang kepalang banyak sehingga ada di antaranya dibiarkan membusuk.

Memburukkan lagi keadaan apabila sisa-sisa haiwan yang membusuk didapati tidak diurus dengan baik, sehingga menyaksikan para peniaga menjadi antara pesakit awal wabak berkenaan.

Kemudian, tular pula beberapa video berkenaan tabiat pemakanan masyarakat di sana seperti meratah anak tikus dengan sos, serta mengoyak daging katak yang diambil dari bekas ternakan tanpa perlu dibersihkan terlebih dahulu. Buruk sungguh tabiat mereka.

Pedang tertanya-tanya juga, bagaimana mereka boleh tergamak menjamah makanan sedemikian rupa, apakah tiada makanan bersih halal di dunia ini.

Apa yang boleh Pedang katakan di sini, perbuatan berkenaan tidak berperikemanusian, kejam dan jauh dari norma makhluk ciptaan Allah SWT yang memiliki akal hanya kerana mahu memuaskan nasfu pemakanan yang songsang.

Lihatlah sekarang, dek kerana `kerakusan’ tabiat pemakanan mereka atas nama eksotik, seluruh dunia panik dan terkesan dengan ancaman wabak baharu yang sehingga kini belum ada penawarnya.

Teringat Pedang akan satu ceramah, pasti ada sebab musabab Allah SWT melarang manusia dari memakan sesetengah binatang yang disifatkan kotor dan memudaratkan.

Ketika artikel ini ditulis, kerajaan China mengesahkan sebanyak 4,515 kes baharu dicatatkan, dengan angka kematian sudah menjangkau 108 orang.

Selain itu, sekurang-kurangnya lima juta penduduk Wuhan meninggalkan bandar berkenaan sebagai langkah untuk memperlahankan penyebaran wabak.

Di samping, Pentadbiran Imigresen Negara (NIA) di wilayah Hubei, China menggantung perkhidmatan permohonan pasport biasa serta permit keluar masuk dan pengesahan kemasukan ke Hong Kong, Macau serta Taiwan.

Untuk rakyat Malaysia yang berada di tanah besar China, Pedang berharap mereka mengambil langkah pencegahan dan mendengar nasihat pihak berkuasa dengan sebaiknya. Doa rakyat Malaysia akan sentiasa mengiringi anda walau di mana jua berada.

Namun, jika keadaan memasuki fasa darurat, kerajaan diminta untuk bertindak segera dengan membawa pulang rakyat Malaysia ke tanah air demi kebaikan mereka.

Kata Pedang: Makan buah epal tidak berbasuh pun Pedang sudah tak selera nak jamah, inikan pula nak hirup sup kelawar.


No comments: