Jumaat, 17 Mei 2019

Apakah kupasan Mujahid satu retorik kosong malam ini?

ISMA WEB

Kesimpulan awal Naib Presiden Berjasa ‘Membina Negara Rahmah’


BANGI– “Adakah kupasannya itu berisi atau sekadar retorik kosong? Atau adakah menteri akan syok sendiri?,” kata Naib Presiden Berjasa, Mohd Hazizi Ab Rahman.

Beliau berkata demikian ketika mengulas rancangan Analisis dalam TV Al Hijrah dengan tajuk ‘Membina Negara Rahmah’ menampilkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa, yang bakal ke udara jam 10.30 malam ini.

“Rancangan ini akan ke udara esok hari. Saya tidak pasti apa yang akan diperkatakan oleh menteri. Tetapi berdasarkan senario politik yang berlaku sejak PH memerintah, saya buat kesimpulan berikut:

“Negara rahmah itu ialah negara yang memberikan kuasa kepada bekas pendatang (yang pernah memegang kad pengenalan merah) untuk menandatangani ratifikasi Undang-undang Antarabangsa Statut Rome yang meletakkan Ketua-ketua Agama negeri-negeri Persekutuan Tanah Melayu dalam risiko didakwa melakukan diskriminasi kerana melaksanakan peruntukan Undang-undang Syariah sedia ada seperti hukuman ke atas pasangan gay dan lesbian.

“Negara rahmah itu ialah negara yang tunduk pada perancangan DAP agar Malaysia meratifikasi ICERD yang akan menyebabkan orang-orang Melayu dan bumiputera kehilangan hak istimewa seperti yang terjamin dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

*IKUTI KENYATAAN PENUH BELIAU DALAM RUANG PENDAPAT ISMAWEB.NET



Tiada ulasan: