Sabtu, 11 Mei 2019

PH TERUS USAHA HAPUSKAN NAJIB

 
Kerajaan Pakatan Harapan (PH) didakwa terus mencari jalan bagi ‘menghapuskan’ bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Najib melalui hantaran di Facebook turut berkongsi semula insiden yang berlaku kepada beliau dan keluarga pada hari pertama Ramadhan selepas PH mendapat mandat memerintah negara.

“Setahun yang lalu, hari pertama Ramadan. Berlarutan hingga sahur mereka ganggu di rumah saya. Di rumah bonda juga.

“Detik bermulanya petanda bahawa tiada nilai kemanusiaan kerajaan PH hari ini. Setahun kini telah berlalu. Kerajaan PH tidak henti mencari jalan menghapuskan saya,” tulis Najib pada Khamis.

Dalam perkembangan sama, Najib yang juga ahli Parlimen Pekan menegaskan beliau tetap tidak akan berganjak daripada memperjuangkan nasib rakyat walaupun ditekan.

“Saya balas dengan fakta dan pengalaman. Saya menyoal kerajaan hari ini sampai ada yang membisu tidak berani membalas.

“Apa pun, saya hanya ingin berjuang untuk rakyat dan saya akan terus berbuat demikian. Ditekan macam mana pun saya, rakyat didahulukan dan tetap di hati,” katanya.



Tiada ulasan: