“Salam Jumaat. Istana Johor tidak pernah buat report (laporan) dari dulu hingga ke hari ini.
“Jikalau ada report ia kemungkinan dari pihak lain. This have nothing to do with us (ini tiada kaitan dengan kami),” titahnya.
Penulis kreatif dan penerbit buku indie, Firdaus Abdillah
Hamzah atau lebih dikenali sebagai Pipiyapong didakwa ditahan malam tadi
di Balai Polis Tampoi, Johor.
Semalam, Pipiyapong membuat hantaran di media sosial, berkata dia diminta hadir ke balai polis dan memerlukan bantuan guaman.
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad turut menyatakan rasa tidak senang dengan penangkapan itu, selain ugutan, fitnah, atau penghinaan terhadap “raja-raja yang memerintah”.
Menulis di Twitter, TMJ berkata sempena bulan Ramadan yang
mulia ini, baginda sekeluarga ingin “menjalankan tugas kami bersama
rakyat dan beribadah”.
“Jika daripada pihak lain, harap pertimbangan Tunku yang ada locus standi untuk menitahkan pihak itu tarik balik report. Kalau @AGCPutrajaya dah charge (tuduh di mahkamah) nanti panjang pula ceritanya,” tulis #Team8Rakaat.
Sementara itu, baginda juga meminta orang ramai tidak mengaitkan istana dengan “isu-isu atau sebarang fitnah”.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan