11 individu terdiri daripada pengadu, saksi telah direkod keterangan
BANGI
– Polis memanggil lima individu yang terbabit dalam penganjuran
Himpunan Pertahan Kedaulatan Islam dan Perlembagaan (Himpunan 405) untuk
memberi keterangan pada 17 Mei depan.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, setakat ini, pihaknya telah merekodkan keterangan 11 individu terdiri daripada pihak pengadu serta saksi.
“Kita akan siasat mengikut Seksyen 95 Akta Perhimpunan Aman 2012,” katanya seperti dilapor media tempatan, hari ini.
Terdahulu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Fahmi Visunathan Abdullah mengesahkan penganjur gagal menyertakan bersama notis kebenaran daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi tujuan himpunan.
Sabtu lalu, lebih 5,000 rakyat daripada pelbagai lapisan masyarakat berhimpun secara aman bagi menzahirkan perasaan tidak selesa terhadap isu-isu yang dilihat mengancam kedaulatan Islam dan Perlembagaan.
Mengenakan pakaian berwarna putih, Himpunan 405 di hadapan pusat beli belah Sogo di Jalan Tunku Abdul Rahman di ibu negara itu turut dihadiri pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik.
Himpunan anjuran Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) itu bagi menunjukkan kebimbangan rakyat terhadap ancaman kedaulatan Islam; isu Statut Rom; keadilan anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim ; isu pendidikan (UEC dan PPSMI); serta cadangan mengugurkan perkataan agama dalam kad pengenalan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan