Bekas perdana menteri Najib Razak mengetengahkan isu kenaikan kos jualan peniaga baju raya.
Beliau berkongsi sebuah laporan yang memetik seorang peniaga sebagai berkata kos jualan telah meningkat sehingga 40 peratus pada tahun ini.
“Peningkatan ini berlaku susulan kelemahan ringgit sejak PRU 14.
"Selain itu, sistem cukai SST (cukai jualan dan perkhidmatan) yang menggantikan GST (cukai barangan dan perkhidmatan) turut menjadi faktor menyumbang kepada peningkatan kos.”
“Ini bukan Najib kata tapi peniaga-peniaga kata,” kata anggota parlimen Pekan.
Dalam laporan itu, seorang peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Azlina, 39, merasakan SST lebih membebankan peniaga.
“Mungkin kerana apa yang saya jual ini tidak lagi jadi keutamaan pengguna,” beliau dipetik sebagai berkata kepada The Malaysian Insight.
LIHAT TWITTER DI SINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan