SHAH ALAM: Pelakon dan pelawak Sulaiman Yassin berkata, beliau tidak
kesal diatas tindakan 'kasarnya' terhadap penerbit filem David Teo.
Memetik laporan media tempatan, Sulaiman atau lebih dikenali sebagai
Mat Over, menjelaskan bahawa beliau bertindak sedemikian kerana mahu
mengajar David 'mengenai adab terhadap pemimpin'.
“Saya tak rasa apa yang saya buat itu keterlaluan kerana tindakan
berkenaan untuk mengajarnya cara beradab terutama di hadapan pemimpin
yang menjadi tuan rumah pada acara ini.
"Saya juga tidak kesal dengan tindakan ini kerana sikap David tidak
menghormati Perdana Menteri dan Rosyam selaku moderator. Sepatutnya
sebagai rakyat Malaysia perlu ada adab dan hormat-menghormati," katanya
petik Harian Metro.
Dalam pada itu,menurut David pula berkata, dia berhadapan dengan momen yang agak mencemaskan semalam.
"Tiba-tiba saja dia meluru serta menampar saya. Saya hanya
mempersoalkan tindakan Rosyam tidak menggunakan pentas bulat itu dengan
sepenuhnya dan hanya fokus satu arah di depan saja sedangkan saya juga
mahu bertanyakan soalan kepada Perdana Menteri.
"Saya tidak akan mengambil sebarang tindakan undang-undang dan sudah memaafkannya," katanya.
Terdahulu, kecoh seketika majlis TN50 Penggiat Seni bersama Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam apabila berlaku satu
insiden memalukan.
Difahamkan insiden memalukan itu berlaku dihadapan Najib apabila
seorang penerbit filem itu ditampar oleh seorang pelakon ketika sesi
bersama selebriti dalam program berkenaan.
Namun, pada penghujung majlis, kedua mereka dilihat bersalaman di hadapan Datuk Seri Najib.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan