Jumaat, 19 Mei 2017

PRK DUN Pujut ditetapkan pada 4 Julai

ANTARAPOS.COM

Post Pic
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan 4 Julai sebagi tarikh bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pujut.
Pengerusinya, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata hari penamaan calon pula ditetapkan pada 20 Jun depan.
PRK itu diadakan selepas kekosongan kerusi DUN Pujut ekoran pelucutan penyandangnya, Dr Ting Tiong Choon.
Sidang DUN Sarawak pada Jumaat lalu sebulat suara bersetuju melucutkan keanggotaan ADUN dari DAP itu selepas beliau didakwa turut memiliki kewarganegaraan Australia.
Speaker DUN Sarawak, Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, mengumumkan keputusan itu selepas undian kepada usul terbabit dijalankan dalam kalangan ADUN, menyaksikan 70 menyokong manakala 10 menentangnya.
Pada PRN tahun lalu, DUN Pujut menyaksikan pertembungan empat penjuru antara DAP, PAS, BN dan Bebas.

Tiada ulasan: