Jumaat, 19 Mei 2017

Ahmad Fadhli bagi 'amaran' pada Muhyiddin kaitkan nama Nik Aziz

,MALAYSIA DATELINE

Ahmad Fadhli ShaariAhmad Fadhli Shaari
Hari ini Pemuda Pas mengingatkan Tan Sri Muhyiddin Yassin agar  tidak terikut-ikut dengan gaya Tun Dr Mahathir Mohamed yang kini menyerang Pas habis-habisan sehingga tergamak mengungkit nama bekas Mursyidul Am Pas Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Naib Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Ahmad Fadhli Shaari berkata, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu tidak perlu mengikut 'lenggok' Mahathir itu kerana jelas gaya politik Penasihat Bersatu itu sudah sampai ke penghujungnya.

"Gaya politik seperti itu sudah ketinggalan zaman, politik membantai dan menyondol bagaikan penasaran hanya boleh menikam diri sendiri. Ibarat kata David Teo, “sekali air ombak sampai ke pantai..” (sambungannya tidak sempat diketahui)," katanya dalam satu kenyataan di facebook hari ini yang  pantun  yang tak sempat dihabiskan Penerbit Metrowealth  Datuk David Teo yang dipetik Ahmad Fadhli  untuk  memberi  'amaran' kepada Muhyiddin berkaitan kenyataannya mengenai Nik Aziz.

Teo tak sempat hendak habiskan pantunnya selepas ditampar oleh pelakon komedi 'Mat Over' atau nama sebenarnya Sulaiman Yassin kerana berang mendakwa penerbit itu tidak menghormati Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razal dalam majlis Dialog TN50 bersama penggiat seni malam Rabu lalu.

Tan Sri Muhyiddin Yassin Tan Sri Muhyiddin Yassin Ahmad Fadhli  berkata demikian sebagai mengulas tindakan Muhyiddin yang memberi respon terhadap kenyataan yang kononnya dikeluarkan Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin menyatakan Pas akan mewujudkan kesepakatan dengan Umno dengan persetujuan bahawa kerusi Pas tidak ditandingi oleh Umno dan begitu juga
sebaliknya.

"Sebagai seorang bekas Timbalan Perdana Menteri, sekalipun diapit oleh pemimpin-pemimpin PAN dan DAP, adalah tidak wajar Muhyidin melontarkan komen demikian.

"Apakah salahnya jika Muhyidin berkata: “saya perlu membuat pengesahan terlebih dahulu adakah benar kenyataan tersebut daripada Mursyidul Am atau sebaliknya sebelum membuat ulasan..” ? Tidakkah ia kelihatan lebih berseni dan bertoma’ninah?

"Kita tidak berhasrat untuk mengambil langkah menyerang parti baru ini namun mengharapkan untuk kita memeluk tubuh di saat Pas diserang adalah sama sekali tidak mungkin," katanya.

Di antara yang disebut oleh Muhyiddin dengan merujuk kepada Mursyidul Am Pas ialah,“.. dan ada juga kenyataan yang saya baca mengatakan mungkin dia akan buat keputusan mana kerusi Umno,Pas tak akan bertanding. Mana kerusi Pas, mereka Umno tak akan bertanding. Jadi bagi kami, baguslah buat begitu, memudahkan kita untuk membezakan Pas ini samada dia 'third force' ataupun dia sebenarnya dia masuk bersubahat dengan Umno. Dan kita nak bagi tahu kalau begitu halnya, sokong Pas bermakna sokong Umno.Mudah untuk kita mengatur strategi..”

Tambah Ahmad Fadhil, pengesahan telah dibuat dengan Mursyidul Am Pas dan ayat-ayat tersebut tidak pernah keluar dari mulut beliau sedangkan mengulangi semangat yang telah ditegaskan oleh Allahyarham Nik Aziz sebelum ini bahawa 'jika Umno terima Islam, Pas boleh bubar'.

"Apa yang disebut oleh beliau ialah Pas boleh bekerjasama dengan mana mana pihak yang boleh menerima Islam sebagai agenda perjuangan Pas. Tidak pernah wujud dalam perbincangan Pas untuk memberikan laluan kepada Umno di kerusi-kerusi tertentu dan menuntut balasan yang sama daripada Umno. Ia hanyalah omong-omong kosong pelari kerusi yang melarikan diri setelah tewas di gelanggang parti.

"Saya tertarik untuk menggunakan analogi yang sama yang digunakan oleh Muhyidin apabila melontarkan fatwa bahawa “undi Pas ialah undi Umno” kerana katanya Pas tidak akan bertanding bersama Umno di kerusi yang sama. Justeru, apabila telah sahih PPBM tidak akan bertanding di kerusi sama yang ditandingi DAP, secara mudahnya menurut sifir tersebut, undi Bersatu bererti undi DAP.

"Saya mengira Muhyidin bahkan Mahathir sekalipun akan bersetuju jika kita menyebut secara jelas dan terang, dengan lidah yang fasih, Undi Bersatu bererti Undi DAP!," ujarnya.

Tiada ulasan: