ANTARAPOS.COM
KUALA LUMPUR: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tidak akan meletak atau menyokong calon bukan Melayu untuk jawatan perdana menteri, demikian kata pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad, lapor Malay Mail Online.
Bekas perdana menteri itu juga berkata, DAP tidak akan dapat menubuhkan
kerajaan persekutuan kerana masyarakat Cina adalah minoriti di Malaysia
dengan memberi contoh hanya 52 daripada 222 kerusi Parlimen adalah
majoriti Cina.
“Mungkin beberapa parti Melayu pelbagai kaum akan memberi beberapa kerusi kepada calon bukan Melayu.
“Tetapi majoriti tiga parti dengan kepemimpinan Melayu akan meletak
calon Melayu dan PPBM sebagai sebuah parti Melayu, tidak akan meletak
atau menyokong calon bukan Melayu sebagai perdana menteri. Gabungan
pembangkang tidak akan didominasi oleh DAP melainkan di Pulau Pinang,”
Dr Mahathir menukilkan dalam blognya semalam.
Sementara itu, PPBM dalam satu kenyataannya hari ini menjelaskan, kenyataan Dr Mahathir bukan berunsur perkauman.
Menurut parti itu, kenyataan Dr Mahathir membawa maksud negara yang
penduduknya majoriti adalah orang Melayu adalah lebih baik jika diketuai
seorang Melayu juga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan