Oleh Ainor Rahim
SHAH ALAM: Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) menggesa polis
supaya bertindak terhadap laporan polis dibuat Ketua Hakim Syarie
Mahkamah Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan, Datuk Mahammad Ibrahim
mengenai dakwaan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli yang menuduh
hakim-hakim Mahkamah Syariah terlibat rasuah.
Naib presidennya, Azril Mohd Amin, berkata polis wajar menyiasat
seadilnya laporan yang dibuat kerana jika tuduhan itu tidak benar ianya
ada satu fitnah terhadap institusi berkenaan.
"Bagi saya kalau komen Rafizi itu menuduh dia kata hakim-hakim mahkamah
syariah terlibat dengan rasuah. Itu satu benda yang tidak patutlah. Itu
satu perkara yang dianggap sebagai penghinaan kepada mahkamah syariah.
"Jadi kalau sudah buat laporan polis itu maknanya polis perlu siasat.
Gesa untuk polis siasatlah perkara itu," katanya kepada Antarapos hari
ini.
Mahammad yang membuat laporan polis itu awal hari ini, berkata ia
berdasarkan kenyataan Rafizi di Dewan Rakyat pada 10 April lalu yang
menyatakan rasuah di kalangan hakim Mahkamah Syariah lebih tinggi
berbanding mahkamah sivil.
Rafizi berkata demikian ketika mengulas usul Rang Undang-Undang Pindaan
Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 355 atau RUU 355 yang
dibentangkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Beliau menyoal mengapa RUU 355 itu tidak menyentuh mengenai kenaikan gaji hakim mahkamah Syariah.
Katanya, perkara itu boleh mengundang risiko rasuah atau penyalahgunaan kuasa oleh hakim-hakim.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan