


Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali masih tidak berterus terang berhub
ung kedudukan tiga anggota exco PAS dalam kerajaan negeri.
"Seperti dinyatakan oleh Presiden (PKR) (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan
Ismail), kita akan membincangkan perkara ini sebelum membuat keputusan
mengenai nasib tiga exco (PAS).
"Sudah
tentu saya mesti lapor dan berbincang dengan pemimpin parti saya
terdahulu (berhubung PAS) sebelum meneruskan dengan mesyuarat-mesyuarat
lain kemudiannya,” kata
Azmin pada sidang media selepas merasmikan kongres tahunan Pemuda PKR dan Wanita di Petaling Jaya malam ini.
Biro Politik PKR bermesyuarat setiap Selasa, katanya, tetapi beliau tidak dapat mengesahkan sama ada mereka akan membincangkan perkara itu dengan exco PAS Selangor, Selasa depan.
Azmin, yang baru pulang dari lawatan rasmi ke Brussels hari ini, juga berkata isu untuk mendapatkan perkenan Sultan Selangor sebelum menggugurkan tiga exco berkenaan tidak timbul pada masa ini.
"Seperti
yang saya nyatakan sebelum ini, saya akan berbincang, pertama dengan
pemimpin-pemimpin PKR, kerana sebelum ini Presiden (Wan Azizah) berada
di luar negara, apabila beliau kembali, saya pula ke luar negara, kerana
kita sibuk cuba membina negara," katanya.
Apabila ditanya mengenai tempoh masa bagi membincangkan isu itu, Azmin sekadar berkata, mereka akan menanganinya sebelum Pilihan Raya Umum ke-14.
"Sudah
tentu saya mesti lapor dan berbincang dengan pemimpin parti saya
terdahulu (berhubung PAS) sebelum meneruskan dengan mesyuarat-mesyuarat
lain kemudiannya,” kataAzmin pada sidang media selepas merasmikan kongres tahunan Pemuda PKR dan Wanita di Petaling Jaya malam ini.
Biro Politik PKR bermesyuarat setiap Selasa, katanya, tetapi beliau tidak dapat mengesahkan sama ada mereka akan membincangkan perkara itu dengan exco PAS Selangor, Selasa depan.
Azmin, yang baru pulang dari lawatan rasmi ke Brussels hari ini, juga berkata isu untuk mendapatkan perkenan Sultan Selangor sebelum menggugurkan tiga exco berkenaan tidak timbul pada masa ini.
"Seperti
yang saya nyatakan sebelum ini, saya akan berbincang, pertama dengan
pemimpin-pemimpin PKR, kerana sebelum ini Presiden (Wan Azizah) berada
di luar negara, apabila beliau kembali, saya pula ke luar negara, kerana
kita sibuk cuba membina negara," katanya.Apabila ditanya mengenai tempoh masa bagi membincangkan isu itu, Azmin sekadar berkata, mereka akan menanganinya sebelum Pilihan Raya Umum ke-14.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan