KLANG: Kerajaan Negeri tidak bercadang menaikkan tarif air seperti yang
dihebahkan, kata Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.
Katanya, beliau sudah mendapatkan penjelasan dari Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) berhubung perkara itu.
"Tiada cadangan untuk menaikkan tarif air.
"Setakat ini, Kerajaan Negeri belum menerima sebarang cadangan untuk
menaikan tarif air," katanya memetik laporan sebuah portal.
Sebelum ini, media melaporkan Air Selangor akan menghantar pelan bisnes
tiga tahun yang dijangka melibatkan cadangan tarif baharu air di
Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air
Negara (SPAN) bulan depan.
Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor, Suhaimi Kamaralzaman, berkata
pelan bisnes berkenaan mengambil kira kos biaya operasi dan kos biaya
modal pengurusan air di kawasan Lembah Klang.
Bagaimanapun sebarang semakan tarif air yang dicadangkan adalah tertakluk kepada persetujuan SPAN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan