Ahad, 21 Februari 2016

Tiada kenaikan tarif air di Selangor, kata Azmin

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
KLANG: Kerajaan Negeri tidak bercadang menaikkan tarif air seperti yang dihebahkan, kata Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.
 
Katanya, beliau sudah mendapatkan penjelasan dari Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) berhubung perkara itu.
 
"Tiada cadangan untuk menaikkan tarif air.
 
"Setakat ini, Kerajaan Negeri belum menerima sebarang cadangan untuk menaikan tarif air," katanya memetik laporan sebuah portal.
 
Sebelum ini, media melaporkan Air Selangor akan menghantar pelan bisnes tiga tahun yang dijangka melibatkan cadangan tarif baharu air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bulan depan.
 
Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor, Suhaimi Kamaralzaman, berkata pelan bisnes berkenaan mengambil kira kos biaya operasi dan kos biaya modal pengurusan air di kawasan Lembah Klang.
 
Bagaimanapun sebarang semakan tarif air yang dicadangkan adalah tertakluk kepada persetujuan SPAN.
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.