Ahad, 21 Februari 2016

Banjir di S’wak makin buruk, 4,381 mangsa dipindahkan

FREE MALAYSIA TODAY


Keadaan banjir di bahagian Kuching, Serian dan Samarahan tidak menunjukkan tanda akan beransur pulih dalam masa terdekat.


Jabatan Pertahanan Awam (JPAM)


KUCHING: Keadaan banjir di bahagian Kuching, Serian dan Samarahan tidak menunjukkan tanda-tanda akan beransur pulih dalam masa terdekat, dengan jumlah mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan (PP) meningkat kepada 4,381 orang.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Siti Huzaimah Ibrahim, berkata jumlah PP juga bertambah menjadi 27 pusat yang dibuka sehingga petang ini, menempatkan 4,381 mangsa daripada 1,221 keluarga.

Katanya, di bahagian Kuching pada masa ini, jumlah PP yang dibuka kekal lapan di daerah Kuching, dan lapan di daerah Bau, manakala di bahagian Serian juga kekal dengan lima di daerah Serian dan sebuah di daerah Padawan.

Dalam satu kenyataan di sini, beliau berkata petang ini, dua lagi PP dibuka di bahagian Samarahan, menjadikan lima PP dibuka, dan kelima-limanya di daerah Kota Samarahan.

Beliau berkata, dua PP yang baru menempatkan mangsa banjir petang ini di daerah Kota Samarahan ialah di Dewan Lenggani Kampung Entingan dan Dewan Masyarakat Tamah Puteh.-BERNAMA

Tiada ulasan: