Keadaan banjir di bahagian Kuching, Serian dan Samarahan tidak menunjukkan tanda akan beransur pulih dalam masa terdekat.
KUCHING: Keadaan banjir di bahagian Kuching, Serian dan Samarahan tidak menunjukkan tanda-tanda akan beransur pulih dalam masa terdekat, dengan jumlah mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan (PP) meningkat kepada 4,381 orang.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Siti Huzaimah Ibrahim, berkata jumlah PP juga bertambah menjadi 27 pusat yang dibuka sehingga petang ini, menempatkan 4,381 mangsa daripada 1,221 keluarga.
Dalam satu kenyataan di sini, beliau berkata petang ini, dua lagi PP dibuka di bahagian Samarahan, menjadikan lima PP dibuka, dan kelima-limanya di daerah Kota Samarahan.
Beliau berkata, dua PP yang baru menempatkan mangsa banjir petang ini di daerah Kota Samarahan ialah di Dewan Lenggani Kampung Entingan dan Dewan Masyarakat Tamah Puteh.-BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.