Jumaat, 19 Februari 2016

Azmi Sharom bebas tuduhan menghasut



Profesor Madya Dr Azmi Sharom tersenyum ketika berjalan keluar dari Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 19 Februari, 2016.Profesor Madya Dr Azmi Sharom tersenyum ketika berjalan keluar dari Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli
 
 
Pensyarah Universiti Malaya (UM) Dr Azmi Sharom menerima pembebasan terhadap kes hasutan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini selepas peguamnya menekankan faktor pengumuman keputusan peguam negara untuk menggugurkan pertuduhan. Gobind Singh Deo berkata adalah tidak adil Azmi menerima pertuduhan itu selepas pendakwa melalui perbicaraan mereka.

Beliau berhujah, memandangkan Jabatan Peguam Negara mengkaji semula pertuduhan itu selepas semua saksi pendakwaan memberi keterangan, tiada yang tertinggal selain membebaskan anak guamnya.

Timbalan Pendakwa Raya Ezrene Zakariah pada mulanya memohon mahkamah pelepasan pendakwaan yang boleh dibuat pada masa lain berdasarkan faktor sama bagi Azmi. Hakim Amernudin Ahmad kemudian memberikan pembebasan penuh.

"Undang-undang kes mengatakan ia perlulah pembebasan melainkan jika ada sebab-sebab meyakinkan untuk memberi pelepasan tanpa dibebaskan.

"Pihak pendakwaan melalui perbicaraan di mahkamah dan tidak ada alasan kukuh dibiarkan tergantung kepada tertuduh.

"Beliau melalui 17 bulan permohonan dan perbicaraan kerana didakwa pada 2014," kata Gobind.

Pada 12 Februari, Jabatan Peguam Negara mengeluarkan kenyataan mengenai keputusan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali untuk menggugurkan pertuduhan terhadap ahli akademik UM itu.

Apandi berkata keputusan itu dibuat selepas mengkaji bukti daripada semua saksi pendakwaan yang memberi keterangan di mahkamah.


Tiada ulasan: