KYRA ALEGRIA
Dana `derma' RM2.6 bilion
dari keluarga diraja Arab Saudi kepada Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Razak bertujuan membantunya memenangi Pilihan Raya Umum (PRU)
ke-13, dakwa sumber dari Arab Saudi. Foto fail TRP
KUALA LUMPUR, Dana `derma’ RM2.6 bilion dari keluarga diraja Arab Saudi kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bertujuan membantunya memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, dakwa sumber dari Arab Saudi.
“Tujuan sumbangan itu adalah mudah, untuk
membantu Najib dan gabungannya memenangi pilihan raya, menggaji pasukan
komunikasi strategik dengan pengalaman antarabangsa, memberi tumpuan
kepada wilayah Sarawak, dan membiayai program-program sosial menerusi
kempen parti,” dakwa sumber itu, mengikut BBC laporan hari ini.
Dilaporkan bahawa sumber yang enggan
namanya disiarkan itu, berkata sebab utama mengapa Arab Saudi mengambil
berat mengenai pilihan raya di Malaysia kerana mereka bimbangkan kuasa
yang semakin meningkat kumpulan pengganas yang dipanggil Ikhwan
Muslimin.
“Sumbangan itu dibuat di tengah-tengah
kebimbangan di Riyadh mengenai pengaruh Ikhwanul Muslimin,” tulisnya
sambil mendakwa bahawa pada masa itu, pengasas parti-parti pembangkang
di Malaysia termasuk Pas diinspirasikan kumpulan pengganas.
Bagaimanapun, menurut laporan, tidak banyak bukti bahawa kumpulan itu sebenarnya mempunyai banyak sokongan di Malaysia.
Turut dilaporkan bahawa ia bukan sesuatu
yang luar biasa bagi keluarga diraja Arab memberikan wang mereka sebagai
derma peribadi sambil menambah bahawa Jordan, Maghribi, Mesir dan Sudan
juga mendapat manfaat dari Arab.
“Tiada apa yang luar biasa mengenai
sumbangan ini kepada Malaysia. Ia sangat serupa bagaimana Arab Saudi
beroperasi di beberapa buah negara.
“Jordan mendapat kelebihan lebih daripada
$1bilion dalam pembiayaan pembangunan negara Arab Saudi, manakala
Riyadh didepositkan lebih daripada $1 bilion di bank pusat Sudan dan
telah menandatangani perjanjian untuk membiayai empangan di Sungai Nil.
“Maghribi dibekalkan minyak, pembiayaan, pelaburan dan pekerjaan akhir-akhir ini,” tulisnya lagi, menurut laporan itu.
Bagaimanapun masih dipersoalkan mengenai rahsia pemindahan wang, dakwa sumber yang dipetik daripada laporan itu.
“Ia sangat keruh dan kes ini tidak akan
selesai sehingga Arab Saudi dan Malaysia melepaskan semua data
transaksi, dan ia tidak berlaku,” tulisnya lagi.
1 comment:
Post a Comment