Rabu, 26 Ogos 2015

Bersih terima dana Yahudi, apa pandangan mufti?

 
Maria Chin beragama Islam dikatakan mengaku menerima dana daripada Yahudi untuk menganjurkan Bersih 4.0


ramesh,maria


PETALING JAYA: Mufti di negara ini diminta supaya menyuarakan pandangan terhadap penganjur Bersih 4.0 yang didakwa menerima dana daripada pertubuhan Yahudi.

Pengerusi Persatuan Minda Sosial Prihatin (PMSP), Ramesh Rao berkata, langkah itu perlu diambil kerana Maria yang beragama Islam mengaku menerima dana tersebut untuk penganjuran perhimpunan itu.

“Maria Chin sendiri mengaku dia terima duit daripada NDI-NOCI. Dia mengaku dia terima duit daripada Yahudi.

“Mufti-mufti di seluruh Malaysia, apa fatwa ustaz, alim ulama mengenai seorang Islam menjadi penganjur dan mempengerusikan Bersih ini yang jelas bertentangan dengan Islam, agama Hindu pun tentang, Kristian pun tentang.

“Ketiga-tiga agama ini melarang dan tidak sokong demonstrasi jalanan. Maria Chin ini agama apa dan pesertanya agama apa?,” katanya pada sidang media di pejabatnya pada Rabu.

Ramesh berkata, pihaknya juga kecewa dengan kenyataan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang menyertai himpunan Bersih.

Katanya, amaran seperti itu sering kali diberikan oleh pihak berkuasa berkenaan, namun, Bersih masih juga diadakan.

“Sehingga ke hari ini saya tidak nampak tindakan tegas yang diambil. Tak nampak juga. Amat boringlah.

“Sebab setiap kali Bersih, setiap kali himpunan.. kami (Polis) mengatakan akan ambil tindakan tegas, masuk lokap kalah juga,” katanya.

Dalam pada itu, Ramesh berkata, seramai 300 orang anggota persatuannya akan turun pada perhimpunan tersebut untuk sama-sama memantau pergerakan peserta yang pastinya akan bertindak agresif.

Tiada ulasan: