Rabu, 26 Ogos 2015

Pemimpin yang sebabkan UMNO kalah ‘bangsat’-Sanusi Junid

 
Bangsa Melayu diancam akan bangsat jika UMNO kalah tetapi yang sebenarnya bangsat adalah pemimpinnya


sanusi


PETALING JAYA: Pemimpin yang menyebabkan UMNO kalah pada pilihan raya umum akan datang dan gagal memenangi dua pertiga kerusi adalah bangsat.

Kenyataan pedas itu dibuat bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tan Sri Sanusi Junid.

“Sekarang ini, bangsa Melayu diancam bangsat jika UMNO kalah. Jadi, orang yang menyebabkan UMNO kalah itu adalah punca yang harus dicari kepada penyebabnya bangsat.

“Saya rasa bukan bangsa Melayu yang bangsat, tetapi pemimpin yang menyebabkan UMNO kalah itu adalah pemimpin yang bangsat,” katanya ketika ditemu ramah blogger Din Turtle dan kemudian di muat naik di Youtube.

Mengulas lanjut, bekas Menteri Besar Kedah itu turut menyelar perkataan kasar yang digunakan oleh pemimpin UMNO kebelakangan ini.

“Kita lihat ada dua perkataan dalam bahasa Malaysia yang timbul dalam polemik ini.

“Pertamanya Perwakilan Wanita UMNO Langkawi, guna perkataan kencing sekarang kita dengar perkataan bangsat yang digunakan sendiri oleh pemimpin UMNO sendiri,” katanya

LIHAT VIDEO DI SINI


Tiada ulasan: