Khamis, 18 Jun 2015

Kerajaan belanja RM80 juta untuk menghasut?

ZAIRIL_KHIR_JOHARI_SYMPOSIUM

Roketkini.com


KUALA LUMPUR: DAP hari ini menggesa kerajaan memansuhkan agensi Biro Tata Negara (BTN) dan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA ) jika serius mahu merasionalisasikan sektor awam.

Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari berkata, tiba masanya untuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memansuhkan BTN dan JASA yang langsung tidak relevan pembinaan negara.
logo btn

“Selain tidak menyalahgunakan jentera awam untuk memajukan  kepentingan politik BN, langkah ini (pemansuhan BTN dan JASA) juga    dapat menjimatkan kerajaan sebanyak RM80 juta setahun,” katanya.

Menurut Zairil, dengan terbuktinya BTN sebagai alat propaganda BN, ia  juga mengesahkan bahawa wang pembayar cukai memang  disalahgunakan.

“Tidak syak lagi, hasil kutipan GST juga akan digunakan bagi membiayai usaha propaganda politik BN ini.

“Insiden ini juga jelas menampakkan keutamaan BN yang sanggup memperuntukkan berpuluh juta ringgit kepada usaha menghasilkan propaganda murahan,” ujar beliau.

Menurut Zairil, bagi 2015, kerajaan telah memperuntukkan RM58.6 juta untuk BTN dan RM21.7 juta kepada JASA, dengan jumlah keseluruhan kedua-dua jabatan itu adalah sebanyak RM80.3 juta setahun.

Sebagai perbandingan kata Zairil, jumlah tersebut adalah menghampiri peruntukan yang diberikan kepada Parlimen Malaysia iaitu sebanyak RM89 juta tahun ini.

“Adakah ini bermaksud usaha menghasut dan memfitnah adalah sama penting dengan kerja penggubalan undang-undang?” soalnya. – Roketkini.com


Tiada ulasan: