Ahad, 28 Jun 2015

Remuk hati ibu, Yaya didera sampai patah tulang

Remuk hati ibu, Yaya didera sampai patah tulang Ibu 'Yaya' menunjukkan gambar anaknya yang mengalami kecederaan ketika menjalani rawatan di HRPZ II.
 
 
KOTA BHARU - “Siapa sangka anak saya yang masih belum mengerti apa-apa dan baharu menginjak ke usia lima tahun, tergamak dikasari sehingga patah tulang belakang, tulang rusuk termasuk pinggul serta lebam-lebam di seluruh badannya dipercayai akibat didera ibu tirinya.
 
“Ibu mana yang tidak sedih melihat anak yang sebelum ini petah bercakap dan berperwatakan ceria bertukar jadi pendiam dan fizikalnya juga kurus kering sehingga menyebabkan saya sendiri tidak mengenalinya," kata ibu kandung kepada anak malang itu.
 
Menurutnya, anak tunggalnya itu, dengan panggilan manjanya ‘Yaya’ diberikan hak penjagaan kepada bekas suaminya setelah dia bercerai dengan lelaki itu sejak dua tahun lalu.
 
“Kali terakhir, saya jumpa suami ketika bulan puasa tahun lalu dan selepas itu saya hanya hubunginya melalui telefon bertanyakan khabar anak.
 
 
 

Tiada ulasan: