THE RAKYAT POST
Penganalisis Politik
Universiti Utara Malaysia (UUM) Dr Azizuddin Sani berkata beliau percaya
bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim hanya mengusik
penggantinya Azmin Ali apabila beliau menawarkan diri untuk menjadi
Menteri Besar semula dalam menyelesaikan krisis Pakatan Rakyat di
Selangor.
KUALA LUMPUR- Penganalisis Politik Universiti Utara
Malaysia (UUM) Dr Azizuddin Sani berkata beliau percaya bekas Menteri
Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim hanya mengusik penggantinya Azmin
Ali apabila beliau menawarkan diri untuk menjadi Menteri Besar semula
dalam menyelesaikan krisis Pakatan Rakyat di Selangor..
“Saya fikir dia hanya mengusik kerajaan Selangor dan Azmin Ali.
“Jika dia boleh mendapatkan majoriti mudah dan menerima sokongan, mungkin dia boleh menjadi MB lagi,” katanya kepada The Rakyat Post.
Ketika ditanya mengenai kemungkinan
Khalid menjadi MB sekali lagi, Dr Azizuddin berkata, ia sesuatu yang
sukar bagi Khalid untuk kembali duduk di kerusi MB.
“Beliau telah dipecat dari Pakatan Rakyat
sebelum ini. Ia akan menjadi sangat sukar kerana seperti yang kita tahu
DAP dan PAS memberi sokongan penuh kepada Azmin.”
Sementara
itu, pendapat yang sama juga diluahkan oleh seorang lagi penganalisis
politik dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr Shaharuddin Badaruddin
yang ragu-ragu sama ada Khalid boleh menjadi MB sekali lagi.
Ketika dihubungi The Rakyat Post,
Dr Shaharuddin berkata perkara itu boleh terjadi jika Khalid boleh
mendapatkan mandat dari parti-parti politik lain di Selangor, namun
impiannya untuk kembali kepada kedudukan MB adalah tidak mungkin.
“Dia seorang ahli politik bebas. Bagaimana beliau boleh menjadi MB bersendirian?
“Belum ada dalam sejarah sebuah negeri
mengangkat ahli politik bebas menjadi MB melainkan jika dia menerima
mandat oleh parti-parti politik lain di Selangor.
“Jika dia hanya menawarkan diri tanpa sokongan, saya rasa dia tidak serius apabila dia menawarkan diri ketika itu,” katanya.
Memetik laporan berita di Malay Mai
lOnline, Khalid yang juga Ahli Parlimen Pelabuhan Klang berkata, dia
bersedia untuk kembali memastikan Selangor ditadbir dengan ketelusan,
akauntabiliti, kecekapan dan bebas daripada rasuah.
1 ulasan:
KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMAH KASIH ATAS BANTUAN AKI,RUSLAN KARNA NOMOR GHOIB/RITUAL YANG AKI, BERIKAN 4D (8301) BENAR BENAR TEMBUS 100% DAN SAYA MEMENANGKAN 230 RIBU RINGGIT ALHAMDULILLAH, SEKARANG SAYA BISA BALIK INDONESIA DAN MEMBELI RUMAH DAN KERETA WALAUPUN SAYA CUMA TKI YANG BEKERJA DI KILANG SELANGOR MALAYSIA, INI ADALAH KISAH NYATA DARI SAYA.JIKA ANDA PENUH KEPERCAYAAN DAN KEYAKINAN SILAH ANDA TELEPON LANGSUNG AKI RUSLAN SALEH DI NOMOR (_+_6_2_8_1_2_4_3_4_7_7_4_5_5_)KERANA DIA ADALAH SUHU SPIRITUAL TERKENAL DI INDONESIA ATAU KUNJUNGI WEPSITE KLIK DISINI
JADI TEMAN YANG DALAM KESUSAHAN JANGAN PERNAH PUTUS ASAH, KALAU SUDAH WAKTUNYA TUHAN PASTI KASIH JALAN’TERIMAH KASIH..
JIKA ANDA BUTUH ANGKA RITUAL 2D 3D 4D 5D 6D DI JAMIN 100% JEBOL ATAU PUNYA MUSTIKA GHAIB INGIN DIPAKAI MENARIK UANG BILAH BERMINAT HUB KI RUSLAN SALEH DI NMR (_+_6_2_8_1_2_4_3_4_7_7_4_5_5_) ATAU KUNJUNGI WEPSITE KLIK DISINI
Catat Ulasan