Selasa, 30 Jun 2015

Siapa dalang rasuah MARA yang mahu dilindungi?

Tony Pua

Roketkini.com


KUALA LUMPUR: Kenyataan Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar bahawa tiada kes pecah amanah dalam skandal Majlis Amanah Raya (MARA) menimbulkan persoalan.

Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua berkata, kenyataan itu seolah-olah melindungi individu tertentu dalam agensi berkenaan.

“Khalid tidak menyerahkan siasatan sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Jelas ada kes prima facie melibatkan pegawai tinggi MARA yang menggelapkan wang ketika diamanahkan melaksana pelaburan kerajaan,” kata Tony.

Ujarnya, langkah Khalid menutup kes sebelum siasatan mengecewakan, sedangkan pemaju hartanah kontroversi itu mengaku mereka sememangnya menaikkan harga hartanah itu.

“Ia dibuat dengan menaikkan harga melampau bagi memiliki bangunan Dudley International House di Melbourne,” ujar Tony.
 
Laporan akhbar Australia The Age yang membongkar skandal MARA melalui wartawannya Nick McKenzie turut mengemukakan invois palsu, bukti aktiviti rasuah dalam transaksi tersebut.

Wartawan itu mendedahkan, semua dokumen palsu itu kini dalam tangan phak polis Australia.

Tambah memalukan, akhbar Sydney Morning Herald’s Asia-Pacific mempersoalkan kewibawaan polis Malaysia dengan menulis ‘pegawai MARA curi AUD$4.74 juta dari kerajaan Malaysia dan pembayar cukai. Wartawan kami dedah aktiviti itu’

“Mengapa Bukit Aman sedaya-upaya cuci tangan mereka dari kes itu, berpura-pura tak ada jenayah dilakukan?

“Adakah MARA mahu curi banyak lagi dan larikan diri? Atau yang lebih lebih penting, siapa yang mereka cuba lindungi? soal Tony. – Roketkini.com


Tiada ulasan: