Isnin, 29 Jun 2015

Jamil: Jangan jadi pemfitnah 'hujung jari'

MALAYSIAKINI


 


Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengingatkan umat Islam yang menggunakan laman sosial agar tidak menjadi ‘keyboard warrior’ untuk menyebarkan fitnah termasuk berkaitan firma pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Beliau berkata sebelum ada internet, masyarakat menggunakan 'hujung lidah' untuk menyebarkan berita dan juga fitnah, bagaimanapun sekarang semuanya dilakukan dengan 'hujung jari'.

"Hujung lidah ini, orang dah kurang guna untuk cakap pasal orang, sekarang guna bentuk hujung jari pula.

"Hujung jari ni jadi 'keyboard warrior', pakai whatsapp, telegram, instagram, MMS, SMS dan segala macam sekarang.

"Apa lagi kalau cakap benda tidak betul, duduk cakap 1MDB, selepas itu ramai yang ulas dan cerita, bila mana Xavier Andre Justo kena tahan pula, pakat-pakat nak lepas diri pula," kata Jamil.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyampaikan sumbangan Aidilfitri dan penyampaian peralatan kesihatan, dana kepada tahung kebajikan hospital Wilayah Persekutuan di Auditorium Angkatan Tentera Tunku Mizan (HATTM) Kuala Lumpur,

Katanya lagi, dengan menyebarkan fitnah seperti ini dapa mengurangkan pahala berpuasa malah kesan fitnah hujung jari ini akan kekal di laman sesawang sampai bila-bila.

"Hal yang mana (tindakan) ini akan menghilangkan pahala, bab mengata dia bubuh (tekan butang) 'Like' saja kena dah saham (dosa) dia.

"Apatah lagi dia forward (fitnah) dan apatah lagi dia komen pula," katanya yang juga MP Jerai.

Katanya, jika seseorang itu memfitnah melalui lidahnya, maka dia boleh memohon maaf kepada pihak yang difitnah, tetapi jika melalui penulisan, ia kekal dalam internet. 


Tiada ulasan: