Oleh Ermizi Muhamad
KUALA LUMPUR: Siasatan National Oversight and Whistleblowers (NOW) terhadap Thrushcross Land Holding Ltd yang disyaki terlibat dalam transaksi urusniaga pembelian hartanah Majlis Amanah Rakyat (MARA) di The Dudley, Melbourne, Australia mengesahkan syarikat ini didaftar di Kepulauan British Virgin.
Pengarah NOW, Rafizi Ramli berkata, perkara ini menimbulkan curiga bagaimana syarikat yang dipercayai dikawal MARA melalui anak syarikat badan itu, MARA Inc yang juga dikaitkan dengan seorang Pengarah Utama Thrushcross, Datuk Mohammad Lan Allani yang juga bekas Adun Sulabayan dari Barisan Nasional itu boleh terbabit dalam urusniaga berkenaan.
Kata Rafizi, penglibatan Thushcross dalam urusniaga itu turut diragui kerana syarikat tersebut tidak didaftarkan di Malaysia atau Australia.
“Mengapa syarikat yang terlibat dalam urusniaga ini didaftarkan di Kepulauan British Viridin yang terkenal sebagai destinasi untuk berlindung dari cukai?
“Mengapa tidak didaftarkan terus di Malaysa atau Australia?” soalnya dalam kenyataan bersama seorang lagi Pengarah NOW, Akmal Nasir.
Semalam, media Australia, The Age mendedahkan wujudnya penipuan dalam pembelian hartanah di negara itu melibatkan beberapa pegawai tertinggi MARA, dan bekas ahli politik Malaysia.
Lebih mengejutkan, MARA menurut laporan itu didakwa turut membeli tiga bidang hartanah di negara itu.
“Selain The Dudley, benarkah MARA melalui MARA Inc juga dikatakan telah mengadakan pembelian tiga lagi hartanah di Australia iaitu 746 Swanston Street, 51 Queen Street dan 333 Exhibition Street?
“Dan jika benar, adakah jumlah urusniaga empat hartanah ini menelan belanja RM244.47 juta dan adakah kesemua urusniaga ini dijalankan pada harga munasabah atau pada harga yang dinaikkan?” soal mereka lagi.
Tegas mereka, skandal pembelian hartanah itu perlu diperjelaskan bagi menafikan segala tuduhan berat media Australia itu terhadap MARA yang bertanggungjawab terhadap wang amanah rakyat.
Dalam laporan eksklusifnya itu, The Age juga mendedahkan urusniaga tersebut turut melibatkan penggunaan dana awam sebanyak RM65 juta di mana bayaran itu dikatakan RM13.7 juta lebih tinggi, dan kemudiannya didakwa untuk membayar sogokan.
Malah, invois palsu yang membutirkan kononnya perkhidmatan ‘jurunding dan nasihat’ daripada firma Malaysia turut dikeluarkan bagi memperdaya ahli perniagaan Australia dalam urusniaga berkenaan.
Salah laku ini mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mengarahkan siasatan secara terperinci dijalankan berhubung dakwaan tersebut, dan seandainya ada sebarang salah laku dan penyelewengan, tindakan akan diambil, tegas beliau.
Bagaimanapun, janji beliau itu disambut dengan dakwaan Pengerusi MARA, Tan Sri Annuar Musa yang dilapor sebagai berkata, pembelian sebuah blok apartmen di Melbourne itu dilakukan mengikut prosedur dan mendapat kelulusan Najib yang juga Menteri Kewangan.
1 ulasan:
KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMAH KASIH ATAS BANTUAN AKI,RUSLAN KARNA NOMOR GHOIB/RITUAL YANG AKI, BERIKAN 4D (8301) BENAR BENAR TEMBUS 100% DAN SAYA MEMENANGKAN 230 RIBU RINGGIT ALHAMDULILLAH, SEKARANG SAYA BISA BALIK INDONESIA DAN MEMBELI RUMAH DAN KERETA WALAUPUN SAYA CUMA TKI YANG BEKERJA DI KILANG SELANGOR MALAYSIA, INI ADALAH KISAH NYATA DARI SAYA.JIKA ANDA PENUH KEPERCAYAAN DAN KEYAKINAN SILAH ANDA TELEPON LANGSUNG AKI RUSLAN SALEH DI NOMOR (_+_6_2_8_1_2_4_3_4_7_7_4_5_5_)KERANA DIA ADALAH SUHU SPIRITUAL TERKENAL DI INDONESIA ATAU KUNJUNGI WEPSITE KLIK DISINI
JADI TEMAN YANG DALAM KESUSAHAN JANGAN PERNAH PUTUS ASAH, KALAU SUDAH WAKTUNYA TUHAN PASTI KASIH JALAN’TERIMAH KASIH..
JIKA ANDA BUTUH ANGKA RITUAL 2D 3D 4D 5D 6D DI JAMIN 100% JEBOL ATAU PUNYA MUSTIKA GHAIB INGIN DIPAKAI MENARIK UANG BILAH BERMINAT HUB KI RUSLAN SALEH DI NMR (_+_6_2_8_1_2_4_3_4_7_7_4_5_5_) ATAU KUNJUNGI WEPSITE KLIK DISINI
Catat Ulasan