Kontroversi dakwaan pemalsuan email yang melibatkan syarikat Petrosaudi tidak dapat membersihkan 1MDB sepenuhnya dan melarikan 1MDB daripada kemelut kewangan yang sedang dihadapinya.
Rakyat dinasihatkan berhati-hati dengan agenda mengalihkan perhatian mereka daripada persoalan lebih penting melibatkan 1MDB.
Konspirasi pemalsuan email juga tidak menjawab antaranya:
Mengapa
Lembaga Tabung Haji perlu membeli tanah TRX secara bertunai?
Mengapa
Lembaga Tabung Haji menghadapi masalah untuk menjual semula tanah
tersebut?
Apa
sebenarnya yang dilaburkan 1MDB di Kepulauan Cayman sehinggakan ‘duit’
yang sepatutnya dibawa balik kini hanya berada dalam bentuk ‘unit’ yang
tidak diketahui usulnya di Singapura?
Mengapa ada bank antarabangsa yang menuntutnya membayar balik duit pinjaman lebih awal sebelum habis tempoh?
Mengapa kerajaan perlu menyediakan kredit standby sebanyak RM950 juta untuk 1MDB? Apakah duit ini telahpun dihabiskan?
Di mana duit 1MDB dan mengapa 1MDB menghadapi masalah dalam membayar hutangnya?
Kesemua
soalan di atas akan menemui jawapannya sekiranya Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Razak dicutikan daripada tugas sehingga siasatan selesai.
Jika
Najib enggan bercuti, PAS menjangkakan kebarangkalian berulangnya
tragedi seperti Pengerusi Mara Tan Sri Annuar Musa yang kini mendakwa
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak meluluskan pembelian
hartanah kontroversi di Australia selepas 24 jam beliau mendakwa Najib
yang meluluskannya adalah sangat tinggi.
Najib
patut bercuti memandangkan kedudukan beliau sebagai Presiden Umno sudah
selamat sehingga 2017 apabila pemilihan Umno ditangguhkan untuk 18
bulan.
Atau
Najib bimbang akan langkah seterusnya yang bakal diambil Tan Sri
Muhyiddin Yassin yang pernah menyuarakan bahawa beliau tidak bersetuju
bahawa Putrajaya terlibat dengan kerja menyelamatkan 1MDB, dan maka itu,
beliau enggan bercuti sehingga siasatan terhadap 1MDB dan Mara selesai?
(*) Tuan Ibrahim Tuan Man Timbalan Presiden PAS
Tiada ulasan:
Catat Ulasan