THE RAKYAT POST
Jabatan Kesihatan
menjalankan operasi pengabutan secara besar-besaran dan aktiviti cari
dan musnah tempat pembiakan di lebih 2,600 lokasi sekitar ibu kota sejak
Januari. - Foto hiasan.
KUALA LUMPUR - Warga kota diingatkan agar lebih berwaspada kerana kes denggi dijangka meningkat kira-kira dua kali ganda dalam tempoh tiga bulan dari Julai hingga September.
Ketua Unit Kawalan Penyakit Bawaan Vektor
Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Dr Zainal Abidin Abu Bakar
berkata ini berdasarkan trend kes denggi pada tahun-tahun sebelumnya.
Dari Januari sehingga Jun 2014, kes
denggi di Kuala Lumpur mencatat 3,803 kes, melonjak ke 7,185 kes dalam
tempoh Julai hingga September.
Perkara yang sama turut berlaku pada
2013, apabila rekod pada bulan Januari sehingga Jun mencatat 1,065 kes
melonjak ke 2,570 kes dalam tempoh Julai hingga September.
Sehubungan itu, kadar kes denggi sebanyak
3,492 kes setakat 25 Jun 2015 di ibu negara diramalkan boleh meningkat
dua kali ganda pada tempoh tersebut.
Dr
Zainal Abidin berkata antara faktor yang mungkin mendorong peningkatan
kes denggi pada tempoh tersebut ekoran ia merupakan musim lembap dan
hujan yang kerap.
“Nyamuk hanya memerlukan sedikit air
iaitu air sebesar duit syiling 20 sen sahaja yang sama dengan sebesar
satu sudu cawan teh untuk bertelur dan nyamuk Aedes mampu bertelur
antara 80 hingga 100 biji.
“Telur Aedes mampu bertahan dalam
persekitaran kering sehingga tempoh enam bulan dan akan mula menetas dan
bertukar menjadi pulpa atau jentik-jentik sekiranya ada air,” katanya.
Dr Zainal Abidin berkata pihaknya telah
mula menjalankan operasi mencegah nyamuk dengan lebih kerap dengan
melakukan pengabutan secara besar-besaran dan aktiviti cari dan musnah
tempat pembiakan di lebih 2,600 lokasi sekitar ibu kota sejak Januari.
Katanya, operasi pemeriksaan juga lebih
tertumpu di kawasan tapak binaan ekoran kawasan seperti ini dilihat
lebih mudah terdedah kepada pembiakan nyamuk.
Dr Zainal Abidin berkata dari Januari
sehingga 20 Jun, pihaknya telah memeriksa lebih 125 tapak dan 80
daripadanya adalah positif pembiakan nyamuk.
“Bagi premis tapak binaan yang dijumpai
positif pembiakan akan diarahkan tutup selama dua minggu untuk mereka
menjalankan aktiviti pembersihan dan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk
di sekitar tapak binaan mereka,” katanya.
Katanya, Kuala Lumpur merekodkan sebanyak
18 kematian sehingga 25 Jun iaitu tiga kali ganda berbanding tahun
lepas sebanyak enam kematian dalam tempoh yang sama.
Mengikut statistik daripada Bilik Gerakan
Denggi Kebangsaan CPRC, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di laman
sesawang i-Dengue, dari 4 Jan sehingga 24 Jun, negeri Selangor meduduki
tempat pertama dengan 5,630 kes denggi yang direkodkan; kedua Perak
(5,630 kes); diikuti Johor (4,083); Kuala Lumpur (3,492); Pulau Pinang
(2,662); Sabah (1,392); Pahang (1,217); Sarawak (1,187);
Negeri Sembilan (958); Melaka (929);
Kelantan (767); Terengganu (509); Kedah (461); Perlis (127); Putrajaya
(90) dan Labuan (2).
Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan
dan Alam Sekitar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Dr Norhayati
Abdullah berkata dalam mencegah wabak denggi ini daripada terus menular,
pihaknya meningkatkan jumlah operasi pencegahan denggi yang dilakukan
secara kerap dan berterusan oleh pasukan khas pencegahan denggi DBKL.
Katanya pihaknya melaksanakan pengabutan
di lebih 30 kawasan yang menjadi keutamaan dalam tempoh sehari dan
meletakkan ubat jentik-jentik di tempat strategik di sekitar 11 kawasan
Parlimen di ibu kota.
“Kami berharap jumlah kes denggi pada
tahun ini berkurangan daripada tahun lepas, kerana kami telah laksanakan
banyak inisiatif dalam menangani perkara ini daripada merebak,”
katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan