Jumaat, 26 Jun 2015

Mata ahli bomba terkena bisa ular tedung

OLEH :Dennis Wong

 

tedung1
Pakar mata membenarkan ahli bomba yang terkena bisa semburan tedung hitam pulang, selepas lapan jam di bawah pengawasan perubatan. - Foto www.projectnoah.org



BETONG- Rutin mengendalikan kes ular bakal menjadi trauma buat seorang ahli bomba berusia 32 tahun, selepas terkena semburan bisa ular tedung di mata kanannya.

Dalam kejadian jam 10 malam di Taman Teo Zee Hin, malam semalam, Prangka Gudan dan rakan sepasukan lain bertindak, selepas menerima panggilan kecemasan yang memerlukan khidmat khas menangkap ular.

Namun, ketika cuba menangkap ia, ular tedung berkenaan menyembur bisa ke arah Prangka.

Berikutan itu, Prangka yang tidak memakai sebarang alat perlindungan mata terpaksa dikejarkan ke hospital untuk dirawat.

Selepas lapan jam di bawah pengawasan perubatan, pakar mata membenarkan beliau pulang.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Betong, James Wheelan ketika dihubungi The Rakyat Post menjelaskan, ular itu dipercayai jenis tedung hitam peludah khatulistiwa atau nama saintifiknya ‘Naja Sumatrana’.

Spesis itu boleh ditemui di Borneo, dengan kebanyakannya di hutan tropika, selain kawasan bandar.
Makanan utama ia adalah katak, tikus dan ular kecil.

Tedung itu tidak bersifat agresif secara semulajadi, tetapi ia akan menyemburkan bisanya apabila diancam.

Tiada ulasan: