Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassan terlepas peluang keemasan untuk menyingkirkan bossnya Datuk Seri Najib Razak selepas Umno memutuskan untuk menangguhkan pemilihan parti sehingga 2018, kata seorang penulis blog Umno.
Shahbudin Husin mendakwa Muhyiddin sepatutnya membuat gerakan itu selepas satu klip video dibocorkan yang menunjukkan beliau menggesa pengarah 1MDB dipecat, tersebar meluas.
"Ketika itu, selain UMNO agak berbelah bagi berkenaan penyelesaian kerajaan terhadap 1MDB, rakyat juga amat mengharapkan ada sesuatu yang drastik dapat dilakukan oleh Muhyiddin.
"Tetapi oleh kerana peluang untuk bertindak dan melangkah lebih berani itu telah dilepaskan begitu saja, momentum untuk Muhyiddin sebenarnya telah berakhir sekarang ini," kata Shahbudin dalam blognya hari ini.
Beliau menyalahkan Muhyiddin yang juga timbalan presiden Umno itu yang tidak berani dan sikap berhati-hati yang mendorong terlepas peluang untuk membuat perubahan kuasa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan