Ahad, 28 Jun 2015

Ancaman baru pada Najib: Ketua Pemuda Umno letak jawatan



Oleh Zainuddin Maidin


Syor Istana ambil alih pimpinan Pemuda Johor

Komen: 27 Jun 2015 – Jika ketua Pemuda Umno Johor terus sepi membisu atas tindakan mendadak naibnya Datuk Khairul Anwar Rahmat letak jawatan maka seluruh anggota Pemuda Johor harus memikirkan jalan untuk menyerahkan kepimpinan Pemuda kepada Tengku Mahlota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim. Sudah sampai masanya kepimpinan politik diambil alih orang dari Istana yang berjiwa rakyat demi maruah bangsa Johor- Amir JB

Ancaman baru pada Najib
 

Tindakan orang kuat Pemuda Umno Johor, Khairul Anwar meletakan semua jawatannya dalam Umno Johor ekoran tuduhan berkonspirasi dengan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk memalukan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak menerusi  pengajuran forum Nothing2Hide, pastinya akan mengundang tindakan susulan dari ketua-ketua Umno yang mendiamkan diri selama ini.

Tidak juga boleh dinafikan ini suatu ancaman baru yang menambah masalah kepada Najib.

Walaupun Khairul Anwar memberikan alasan perletakan jawatannya untuk menumpukan kepada perniagaan guamannya tetapi seluruh negara tahu selain dari tuduhan itu, beliau juga baru baru ini menyokong titah TMJ yang mahu pemimpin negara bertindak atas hasrat rakyat dan bukan ideologi parti.

Dalam satu kenyataannya yang disiarkan The Malaysian Insider hari ini, Khairul Anwar mengumumkan perletakan jawatannya sebagai ketua Pemuda Umno Bahagian Kluang, naib ketua Pemuda Johor dan juga ketua setiausaha Biro Guaman Umno. Beliau juga merupakan aktivis Persatuan Sukarelawan Peguam Malaysia (SukaGuam).

Berikutan dengan kegagalan forum Nothing2Hide, dalam suatu interviu dengan Malaysiakini, Khairul
Anwar mengatakan, orang di JPM melakukan sabotaj tanpa menyebutkan sesiapa tetapi didedahkan seorang blogger Raja Petra Kamaruddin yang dimaksudkan ialah setiausaha Politik perdana menteri, Datuk Khairun Aseh (NST 8 Jun 2015).

Menurut Raja Petra yang mempunyai hubungan khas dengan JPM "sebab mengapa Khairun (SUP) menasihatkan Najib memulaukan dialog itu kerana Khairul Anwar sebenarnya membuat pakatan sulit dengan Dr Mahathir supaya hadir untuk  membolehkannya memalukan Najib"

Raja Petra yang dipercayai berada dalam senarai penulis bangang menuduh penganjur Nothing2Hide dan Malaysiakini berkonspirasi untuk menghina dan memalukan Najib.

Khairul Anwar sejak itu tidak mahu membuat sebarang komen kerana beliau mendakwa menerangkan segalanya kepada perdana menteri.

Maka itu, tindakannnya meletakan semua jawatan dalam Umno Johor dengan mengejut, pasti mengundang beberapa persoalan dan membawa kemungkinan kepada berlakunya tindakan yang sama di beberapa bahagian lagi di negeri itu. Beliau adalah seorang yang berpengaruh dan dihormati di kalangan Pemuda Umno Johor.

Jika ini berlaku, tidak akan membantu perancangan presiden Umno, Najib yang menanguhkan pemilihan MKT Umno tahun depan untuk memperkukuhkan perpaduan Umno bagi menghadapi pilihan raya umum.

Penerimaan ramai lebih buruk lagi kerana hal ini berlaku sebaik sahaja pengumuman itu dibuat dan ketika Najib bagitu bersemangat mencari kekuatan baru di atas penangkapan seorang eksekutif PetroSaudi untuk membersihkan dirinya dari kekotoran 1MDB.

Meanwhile in response to the announcement, businessman and former New Straits Times group editor-in-chief Kalimullah Hassan congratulated Khairul Anwar for his courageous act.

"A brave decision. Wish there were more like him in Barisan Nasional," he tweeted this morning. – zamkata.blogspot.com

* Penulis merupakan bekas Menteri Penerangan.

Tiada ulasan: