MALAYSIAKINI
Pengerusi CIMB, Datuk Nazir Razak berkata beliau bimbang kerana
masyarakat Malaysia kini tertekan kerana tidak mendapat maklumat yang
benar berhubung isu yang dihadapi negara.
Lebih buruk lagi, keadaan ini malah menyebabkan lebih banyak perpecahan
di kalangan rakyat, katanya dalam satu tulisan di Instagram.
Dalam tulisan itu, Nazir turut memuatkan gambar dan tajuk sebuah buku
motivasi tulisan Michelle M Paiva yang menekankan peri penting
kebenaran, bertajuk 'Truth, Next Exit'.
“Institusi kita perlu membawa kita ke sana dengan cepat. Rakyat Malaysia
tidak mendapat kebenaran – yang memecah belah dan menekan.
“Apabila timbul kebenaran, kita boleh mencari penyelesaian,” katanya di laman tersebut.
Beliau turut menjawab soalan pengunjungnya, sama ada rakyat Malaysia
perlu keluar di susur lebuhraya di hadapan, seperti digambarkan dalam
foto yang dikongsi Nazir.
“Di hadapan sana jalan menuju masyarakat Orwellian!,” jawabnya.
Jawapannya itu merujuk kepada latar dalam novel popular '1984' karya
George Orwell berhubung kawalan kerajaan totalitarian ke atas
masyarakatnya.
Setakat ini, tidak dapat dipastikan sekiranya Nazri merujuk kepada pentadbiran abangnya, Datuk Seri Najib Razak.
Namun Nazir sememangnya kritikal ke atas 1MDB, projek yang dicetuskan perdana menteri itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan