KLUANG - Pengerusi Sukarelawan Peguam (SukaGuam), Datuk Khairul Anwar
Rahmat menegaskan bahawa dirinya masih ahli Umno selepas melepaskan
semua jawatan yang disandang dalam parti berkenaan.
Khairul Anwar berkata, beliau tidak akan sesekali meninggalkan parti
Umno kerana sebelum ini parti itu banyak memberi ruang dan peluang
kepadanya untuk menjadi seorang pemimpin.
Katanya, tindakan melepaskan jawatan Ketua Pemuda Umno Bahagian Kluang,
Naib Ketua Pemuda Umno Johor dan Ketua Sekretariat Perundangan Umno
Malaysia adalah tindakan peribadinya.
"Saya akan kekal dengan jawatan berkenaan sehingga 10 Julai ini namun
akan menghantar surat peletakan semua jawatan itu berkuatkuasa 11 Julai,
Isnin ini kepada pucuk pimpinan parti.
"Alhamdulillah, ahli jawatankuasa serta ahli Pemuda Umno Kluang
memahami keputusan yang diambil selepas saya fikirkan sedalam-dalamnya
ini malah saya juga dihubungi peminpin Umno pelbagai peringkat yang
bukan saja banyak memberi perangsang, dorongan malah nasihat berguna,"
katanya selepas perjumpaan tertutup bersama ahli jawatankuasa serta ahli
Pemuda Umno Kluang, di sini, semalan.
Khairul Anwar semalam mengumumkan melepaskan semua jawatannya dalam parti berkuatkuasa 11 Julai ini.
Beliau dilaporkan berkata, keputusan diambil selepas mendapat restu
dari ibu serta perbincangan mendalam bersama ahli keluarga.
Ditanya sama ada keputusannya untuk meletakkan semua jawatan dalam
parti berikutan terdapat desakan dari mana-mana pihak, beliau enggan
memberikan sebarang jawapan.
"Saya tidak mahu mengulas perkara lain selain kenyataan yang sudah
dibuat sebelum ini malah saya akan meneruskan perjuangan hidup dalam
bidang lain selepas ini," katanya.
Beliau berkata, pihaknya akan membuat kenyataan baharu atau susulan selepas menghantar surat peletakan secara rasmi Isnin.
"Saya masih akan mengikuti perkembangan Umno secara dekat kerana saya dilahirkan dalam parti ini," katanya.
1 ulasan:
KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMAH KASIH ATAS BANTUAN AKI,RUSLAN KARNA NOMOR GHOIB/RITUAL YANG AKI, BERIKAN 4D (8301) BENAR BENAR TEMBUS 100% DAN SAYA MEMENANGKAN 230 RIBU RINGGIT ALHAMDULILLAH, SEKARANG SAYA BISA BALIK INDONESIA DAN MEMBELI RUMAH DAN KERETA WALAUPUN SAYA CUMA TKI YANG BEKERJA DI KILANG SELANGOR MALAYSIA, INI ADALAH KISAH NYATA DARI SAYA.JIKA ANDA PENUH KEPERCAYAAN DAN KEYAKINAN SILAH ANDA TELEPON LANGSUNG AKI RUSLAN SALEH DI NOMOR (_+_6_2_8_1_2_4_3_4_7_7_4_5_5_)KERANA DIA ADALAH SUHU SPIRITUAL TERKENAL DI INDONESIA ATAU KUNJUNGI WEPSITE KLIK DISINI
JADI TEMAN YANG DALAM KESUSAHAN JANGAN PERNAH PUTUS ASAH, KALAU SUDAH WAKTUNYA TUHAN PASTI KASIH JALAN’TERIMAH KASIH..
JIKA ANDA BUTUH ANGKA RITUAL 2D 3D 4D 5D 6D DI JAMIN 100% JEBOL ATAU PUNYA MUSTIKA GHAIB INGIN DIPAKAI MENARIK UANG BILAH BERMINAT HUB KI RUSLAN SALEH DI NMR (_+_6_2_8_1_2_4_3_4_7_7_4_5_5_) ATAU KUNJUNGI WEPSITE KLIK DISINI
Catat Ulasan