SHAH ALAM – Tugas berat perlu digalas Menteri Besar Selangor, Mohamed
Azmin Ali dalam menentukan masa depan kerajaan negeri ini selepas nasib
PR masih menjadi tanda tanya.
Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Mohammad Fuad Othman berkata, Azmin perlu mencadangkan pembentukan kerajaan campuran bagi ‘menyelamatkan’ kedudukannya.
Namun PR perlu terlebih dahulu disahkan kedudukannya oleh Majlis Presiden PR selepas statusnya masih menjadi teka teki.
“Oleh sebab mereka (DAP, PKR, Pas) tidak membuat keputusan yang bersama, jadi, masing-masing membuat takrifan masing-masinglah. Saya rasa dalam hal ini mereka tidak berlaku adil kepada rakyat. Rakyat sudah pilih mereka elok-elok. Sepatutnya kena buat keputusanlah. Ada lagi ke PR ini? Ada atau tidak ada?
“Jika sudah pasti PR tidak wujud lagi, Azmin Ali perlu menghadap Sultan dan mencadangkan idea kerajaan campuran. Katakanlah PKR buat keputusan untuk bergabung dengan DAP dan jumlah kerusi tidak cukup, maka Azmin perlu mencari dua atau tiga orang Adun Pas untuk bergabung dengannya.
Azmin perlu cepat sebab rakyat tertunggu-tunggu. Adakah kerajaan negeri ini masih ada lagi atau tidak? Sekarang ini bergantung pada Azmin,” katanya kepada Sinar Online.
Menurutnya, selepas pelbagai kenyataan yang berbeza daripada pimpinan DAP, Pas dan PKR terhadap status perikatan pembangkang itu, badan tertinggi dalam membuat keputusan untuk PR, Majlis Presiden perlu segera bertindak.
“Majlis Presiden PR kena duduk berunding secepat mungkin dan buat keputusan. Jangan biarkan semua orang tertanya-tanya. Ia akan beri kesan kepada keyakinan pelabur, iklim politik, hubungan antara etnik, antara parti politik.
“Mesyuaratlah kemudian umumkan ada lagi atau tidak PR ini. PR kena bertanggungjawab,” katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan