KUCHING - Pemeriksaan forensik mengenai kerosakan dan tahap keselamatan
struktur bangunan di 25 sekolah di enam daerah di Sabah, selepas
kejadian gempa bumi di Ranau 5 Jun lepas mendapati, empat daripadanya
mempunyai blok bangunan yang mengalami kerosakan serius yang perlu
dikosongkan.
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata ia terdiri daripada blok bangunan di SK Bundu Tuhan, SK Marakau, serta SJK Cina Pau Wen di Ranau, dan SK Sayap di Kota Belud.
Beliau berkata 12 sekolah di Ranau, lima di Tuaran dan empat di Kota Belud, didapati hanya mengalami kerosakan kecil yang tidak melibatkan kerosakan struktur bangunan yang serius.
Katanya 21 sekolah itu didapati mengalami kerosakan kecil yang memerlukan pembaikan pada bahagian tertentu seperti struktur siling gantung, lepaan dinding dan lantai, keretakan halus serta pemendapan kaki lima dan longkang.
"Kerosakan bangunan di empat sekolah itu pula memerlukan kerja-kerja pembaikan menggunakan input kejuruteraan dan teknologi pembaikan semasa, dan ada juga struktur bangunan didapati tidak ekonomik lagi untuk dibaiki kerana ada kayu-kayunya yang sudah reput," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas melancarkan Bazar Raya di Boulevard di sini hari ini.
Fadillah berkata kerosakan di SK Bundu Tuhan membabitkan tiang konkrit bangunan tambahan satu tingkat separa kayu serta konkrit, yang mengakibatkan kedudukan bangunan bergerak sedikit daripada kedudukan asal, manakala SJKC Pau Wen pula menyaksikan kerosakan serius bangunan tambahan dua tingkat yang dibina daripada konkrit yang dijadikan blok pentadbiran.
Beliau berkata blok kuarters guru di SK Sayap Kota Belud pula mengalami kerosakan serius, membabitkan 40 batang tiang konkrit, yang berpunca daripada kualiti pembinaan yang rendah dan tidak mematuhi input kejuruteraan.
Menurutnya di SK Marakau Ranau pula, struktur kayu bangunan kelas pemulihan satu tingkat yang dibina daripada kayu di kawasan cerun mengalami kerosakan serius, dan ia didapati tidak ekonomik untuk dibaiki kerana kayu-kayunya yang telah reput.
Beliau berkata pemeriksaan forensik merumuskan gempa yang berlaku tidak menyebabkan kerosakan yang boleh menyebabkan keruntuhan kepada bangunan sekolah yang diperiksa, dan pembaikan serta-merta perlu dilakukan bagi kerosakan seperti keruntuhan siling, rekahan/pengelupasan konkrit dan kawasan berkenaan perlu dilarang daripada digunakan oleh orang awam sehingga kerja pembaikan selesai.
Menurutnya penyelesaian jangka panjang, contohnya kajian teliti masalah gempa sekitar kawasan berkenaan serta tahap 'vulnerability' bangunan sedia ada perlu dibuat bagi mengenal pasti sekiranya kerja 'retro-fitting' perlu dilaksanakan. - Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan