SELANGOR KINI
SHAH ALAM: Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli gagal mencabar keperlembagaaan Akta Bank dan Institusi Kewangan (BAFIA) ke Mahkamah Tinggi selepas Mahkamah Sesyen Shah Alam menolak permohonan beliau, hari ini.
Hakim Zamri Bakar, berkata tiga persoalan yang dibangkitkan tidak melanggari Perlembagaan Persekutuan dan kes itu tetap akan didengar di peringkat Mahkamah Sesyen.
“Tiga isu ini dibangkit pemohon (tertuduh) bukan mahkamah atau pihak pendakwaan,” katanya memetik portal The Malaysian Insider.
Antara persoalan perlembagaan yang ingin dirujuk Rafizi dan Johari di Mahkamah Tinggi adalah sama ada dakwaan terhadap mereka boleh diteruskan walaupun BAFIA sudah dimansuhkan.
Persoalan kedua adalah sama ada dakwaan di bawah BAFIA tidak berperlembagaan memandangkan unsur niat tidak dinyatakan sebagai elemen bagi kesalahan di bawah akta itu.
Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di Ibu Pejabat PKR di Merchant Square, Jalan Tropicana Selatan, Petaling Jaya, di sini, pada 7 Mac 2012.
Rafizi didakwa mengikut Seksyen 97(1) BAFIA dan boleh dihukum mengikut Seksyen 103(1)(a) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda maksimum RM3 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan