SHAH ALAM - Universiti Teknologi Mara (UiTM) tidak akan mengantungkan
pelajarnya Muhammad Hasrul Haris Mohd Radzi, 21, sekiranya dia membuat
permohonan maaf berhubung tindakannya ‘berselfie’ di pentas ketika
berlangsungnya istiadat konvokesyen di UiTM Lendu Melaka semalam.
Naib Canselornya, Tan Sri Prof Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar berkata, walaupun tindakan pelajar itu dianggap sebagai melanggar istiadat namun pihak UiTM masih ada ‘hati budi’ untuk menyelesaikan isu tersebut.
“Tiada penggantungan sekiranya pelajar itu minta maaf, bagi UiTM cukuplah sekadar dia minta maaf, dan masalah itu selesai sekiranya dia berbuat demikian.
“Gantung kalau dia tidak minta maaf , kita gantunglah, untuk itu UiTM beri masa seminggu untuk dia minta maaf , kalau dia minta maaf tiada apa-apalah, orang Melayu senang maafkan orang. Itu bangsa kita, pesan saya jangan melanggar adat itu sahaja,” katanya ketika dihubungi Sinar Online hari ini.
Oleh itu, beliau berharap agar pelajar sentiasa mematuhi peraturan , jika tidak mahu sebarang masalah timbul.
“Konvokesyen adalah adat istiadat iaitu tertib mereka perlu patuhi semasa adat istiadat itu, kalau peraturan ini dia langgar apa yang kita tetapkan, ia dianggap tidak hormat istiadat, kalau kita biarkan perkara ini, semua orang akan buat.
“Kita ada 24,000 hendak graduan, dan berjam-jam 10 hingga 14 hari , kalau pelajar berbuat demikian dia akan lambatkan proses dan merosakkan istiadat, jadi sebab itulah saya tegas tentang perkara ini,“ katanya.
Muhammad Hasrul Haris graduan Diploma Fotografi mencetuskan kontroversi apabila mengambil gambar selfie bersama Pro Canselor UiTM Tan Sri Arshad Ayub selepas menerima skrol ketika Istiadat Konvensyen UiTM ke-82 berlangsung.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan