MALAYSIAKINI
Ketua Pusat Penyelaras Agensi Bersama Angus Houston mengesahkan bahawa
satu tompokan minyak ditemui pada kedudukan 5.5km dari tempat isyarat
bunyi dikesan sebelum ini.
Bercakap dalam satu sidang media, Houston berkata sebanyak 2 liter
sampel minyak tersebut berjaya dikumpul, namun ujian ke atasnya mungkin
mengambil masa beberapa hari kerana perlu dibawa ke tanah besar.
Katanya, operasi juga akan diteruskan dengan menggunakan kenderaan bawah air Bluefin-21 untuk mengesan kawasan dasar laut.
Setiap misi menggunakan alat tersebut akan mengambil masa 23 jam – dua
jam untuk sampai ke dasar, 16 jam untuk menjalankan tugasnya, dua jam
lagi untuk timbul ke permukaan dan empat jam untuk memuat turun dan
menganalisis data.
Misi pertama meliputi kawasan 40 kilometer persegi. Sistem sonar pada
alat berkenaan mampu mengimbas peta dasar laut dalam bentuk 3D dan
mungkin membantu mengenalpasti serpihan pesawat.
Katanya mereka perlu mendapatkan bukti visual sebelum mengesahkan lokasi tempat terakhir pesawat MH370.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan