MALAYSIAKINI
Dua anggota tentera cedera ringan apabila sebahagian siling di tingkat
dua Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) runtuh selepas demonstrasi letupan
bom oleh pasukan tentera.
Menurut pusat operasi Jabatan Bomba Kuala Lumpur, panggilan kecemasan diterima pada jam 4.59 petang ini.
Setibanya pihak bomba di tempat kejadian pada jam 5.06 petang mereka mendapati siling di kawasan beranda pusat itu telah runtuh.
Gambar-gambar dari tempat kejadian menunjukkan pecahan kaca dan siling yang runtuh itu.
Demonstrasi pengeboman itu adalah sebahagian daripada Pameran
Perkhidmatan Pertahanan Asia 2014 selama empat hari yang berakhir hari
ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan