Rabu, 9 April 2014

ROS lantik Shafee untuk lawan kes DAP

MALAYSIAKINI


 


Pendaftar Pertubuhan (ROS) melantik peguam yang berkaitan Umno Muhammad Shafee Abdullah untuk mewakili mereka di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam permohonan semakan kehakiman oleh DAP.

Perkara itu dibawa kepada pengurusan kes hari ini selepas Hakim Zaleha Yusof memberikan kebenaran kepada DAP untuk memulakan permohonan semakan kehakiman pada 26 Mac.

Permohonan DAP itu dibuat DAP Februari lalu bagi memaksa ROS mengiktiraf penjawat atasan parti itu ekoran pemilihan semula jawatankuasa pusat parti itu.

Peguam DAP Gobind Singh Deo berkata, parti itu diminta menyerahkan dokumen sebelum 11 Jun.

“Selepas itu Mahkamah Tinggi akan menetapkan tarikh pendengaran.

“Kami juga dapat tahu hari ini bahawa Shafee dilantik ROS untuk mewakili mereka,” kata Gobind yang juga anggota Parlimen Puchong.

Beliau menjangkakan tarikh pendengaran untuk permohonan semakan kehakiman itu akan ditetapkan pada Jun atau Julai.

Tiada ulasan: