THE MALAYSIAN INSIDER
Polis
mengesahkan menyita telefon bimbit milik Ahli Parlimen Batu, Tian Chua
di sebuah hotel di Petaling Jaya kira-kira jam 8 malam tadi.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten
Komisioner Khairi Ahrasa, berkata telefon bimbit naib presiden PKR itu
disita bagi membantu siasatan polis di bawah Akta Hasutan 1948.
"Maklumat lanjut mengenai kes ini akan disiarkan melalui siaran media
nanti, yang dilakukan (Bahagian) Hal Ehwal Awam Ibu Pejabat Polis
Kontinjen Kuala Lumpur," katanya.
Sementara itu, Setiausaha Politik kepada Tian Chua, Rozan Azen Mat
Rasip, berkata ketika didatangi 10 anggota polis berpakaian biasa, Tian
Chua sedang bertemu dengan kenalannya di hotel terbabit.
"Mereka hanya menunjukkan waran untuk menyita telefon bimbit berkenaan,
namun tidak menyatakan pula untuk tujuan apa. Mereka cuma kata untuk
siasatan di bawah Akta Hasutan," katanya ketika dihubungi. – Bernama,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan