ANTARAPOS.COM
Kuala Lumpur: Seorang pelakon lelaki terkenal antara 41 individu yang
ditahan dalam Ops Cantas Khas, Polis Daerah Dang Wangi, di dua premis
hiburan di Jalan P Ramlee, awal pagi semalam.
Selain pelakon berusia 35 tahun dan pernah membintangi beberapa filem
box office, termasuk Khurafat itu, 20 wanita warga asing dipercayai
pelacur.
Berdasarkan dua ujian air kencing, pelakon itu disahkan mengambil
ganja, manakala dua pengunjung lelaki terbabit dalam pengambilan syabu.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad,
berkata operasi bertujuan membanteras kegiatan jenayah keganasan dan
jenayah sosial, selain pengedaran dan penyalahgunaan dadah.
Beliau berkata, pihaknya memeriksa 110 individu iaitu pengunjung dan
pekerja premis hiburan bagi mengesan rekod kesalahan lampau.
“Mereka yang ditahan diarah menjalani ujian air kencing dan tapisan
awal dilakukan dengan 41 daripada mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis
Daerah Dang Wangi.
“Dalam serbuan di kedua-dua premis ini, kita menahan wanita Vietnam dan
Filipina yang menawarkan khidmat seks kepada pelanggan di hadapan serta
di dalam kelab berkenaan,” katanya ketika dihubungi semalam.
Zainuddin berkata, pihaknya turut menahan tiga deejay warga tempatan kerana menggunakan cakera padat cetak rompak.
“Operasi seperti ini akan dijalankan setiap masa bagi memastikan
kawasan utama pusat bandar raya Kuala Lumpur (Dang Wangi), bebas
jenayah,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan