Selasa, 22 April 2014

Pasangan penumpang MH370 dakwa terima e-mel pelik daripada pegawai Fox

THE MALAYSIAN INSIDER

Sarah Bajc dan teman lelakinya, Philip Wood yang merupakan seorang daripada penumpang pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu. - Gambar Facebook Sarah Bajc, 22 April, 2014.Sarah Bajc dan teman lelakinya, Philip Wood yang merupakan seorang daripada penumpang pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu. - Gambar Facebook Sarah Bajc, 




























Pasangan warga Amerika yang menaiki pesawat Malaysia Airlines MH370 berkata pegawai eksekutif Fox yang dipecat daripada tugasnya, menawarkan untuk mengadakan kutipan dana bagi pihaknya.

Sarah Bajc, pasangan kepada  Philip Wood yang merupakan seorang daripada 239 penumpang pesawat hilang itu, lapor Sydney Morning Herald (SMH) berkata beliau membalas e-mel Darlene Tipton, Naib Presiden Fox yang menawarkan bantuan kutipan dana berjuta dollar untuk membantunya.

Tipton kemudiannya membalas berkata, suaminya percaya 239 penumpang masih hidup dan akan mendedahkan lokasi mereka dan meneruskan kempen kutipan dana bagi keluarga yang terjejas jika Bajc bersetuju untuk pampasan akan datang.

Bajc kemudiannya memaklumkan Fox yang kemudiannya memecat Tipton yang bekerja dengan Fox selama 24 tahun.

Tipton mempertahankan tindakannya dan berkata niatnya ikhlas.

"Saya kehilangan kerja, saya tiada insurans. Apa salahnya membantu orang," katanya yang berusia 61 tahun.

Pemecatannya itu menimbulkan simpati dengan sebahagiannya mengkritik Fox.

SMH turut melaporkan video YouTube empat minit menunjukkan suaminya bercakap dari hospital dengan mengalami kecederaan tulang belakang.

"Saya berhalusinasi berkenaan penumpang pesawat. Saya berhubungan dengan seorang gadis bernama Ree," katanya.

Tipton berkata, beliau akan meneruskan rancangannya melalui laman web kutipan dana, GoFundMe untuk memberikan bantuan kepada keluarga terjejas.

"Kami mahu mengumpul dana bagi keluarga, memberikan kelegaan kepada mereka. Jika tidak mereka mungkin ke mahkamah selamanya," katanya kepada Associated Press.

MH370 hilang sejak 46 hari lalu dipercayai lokasi terakhirnya di selatan Lautan Hindi.

Ia memaksa Bajc mempersoalkan kredibiliti syarikat satelit British Inmarsat, yang menyimpulkan pesawat tamat di Lautan Hindi.

Bajc berkata, bukti saintifik perlu diberikan sama ada melalui serpihak sebelum kerajaan mengisytiharkan pampasan dan sijil kematian.

Tiada ulasan: