Ahad, 20 April 2014

Paras air empangan di Selangor catat peningkatan

Oleh: Norhayati Umor


SHAH ALAM  : Empangan Klang Gates setakat pagi ini, mencatatkan peningkatan paras air sebanyak 53.96 peratus dengan taburan hujan 2.50 mm berbanding minggu lalu.

Menerusi laman sesawang Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mendapati setakat pagi ini, Kolam Takungan Sungai Labu mencatatkan sebanyak 76.73 peratus ; Sungai Semenyih sebanyak 73.54 peratus dan Sungai Tinggi sebanyak 61.62 peratus.

air pahangManakala, setakat semalam, empangan Batu mencatatkan paras air sebanyak 78.51 peratus.

Empangan Langat pula sebanyak 51.42 peratus dengan taburan hujan 1.00 mm.

Empangan Sungai Selangor sebanyak 38.53 peratus dengan taburan hujan 17.62 mm dan empangan Tasik Subang sebanyak 84.69 peratus.

Pihak Luas dan Jabatan Meterologi Malaysia (JMM) memberitahu dalam tempoh tiga minggu lagi, pihak mereka akan terus menjalankan operasi pembenihan awan kering bagi meningkatkan paras air empangan bergantung pada keadaan cuaca dan keadaan pesawat.

Pengarah Bahagian Sains Atmosfera dan Pembenihan Awan JMM, Azhar Ishak berkata pembenihan di kawasan empangan Sungai Selangor akan diteruskan sehingga 21 April ini dan jika terdapat permintaan, proses itu akan diteruskan sehingga hujung bulan ini.

“Peningkatan paras air empangan sebanyak satu peratus memerlukan jumlah hujan sebanyak 20mm dan untuk mencapai perkadaran 55 peratus jumlah hujan diperlukan adalah lebih 360mm dengan penurunan hampir konsisten setiap hari,” katanya ketika dihubungi.

Sebelum ini, Exco Belia, Sukan dan Kemudahan Awam, Dr Yunus Hairi memberitahu Kerajaan Negeri meneruskan tindakan penjadualan air di beberapa kawasan ekoran empangan Sungai Selangor masih mencatatkan bacaan di paras sasaran.

Keadaan penjadualan air itu dijangka sehingga penghujung April ini jika hujan berterusan seperti sedia kala.EZY

Tiada ulasan: