Sabtu, 5 April 2014

Papagomo Meroyan, Kini Ada Pilihan Untuknya, Ke Penjara Atau Ke Hospital Bahagia

KELAB GREENBOC

Perang Twitter Papagomo dan Latheefa Koya


PETALING JAYA: Blogger kontroversi Papagomo dan Ahli Majlis Tertinggi PKR Latheefa Koya kini ‘bercakaran’ di Twitter sejak awal petang ini.

Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris, yang kini berdepan dengan tindakan undang-undang daripada Penasihat Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan ‘perang’ Twitter itu apabila mengkritik Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli yang juga merupakan Ahli Parlimen Pandan.

“Cukup memalukan kita mempunyai wakil rakyat seperti @rafiziramli . Amat kasihan rakyat Pandan,” kata Papagomo yang menulis menggunakan tweet handle @Sir_Azri dalam satu tweet kepada pengarah strategi PKR itu.

Latheefa kemudiannya mengusik Papagomo dengan bertanya kepadanya kembali mengapa dia berkata demikian.

“knp? sbb awak kena kantoi! RT @Sir_Azri: Cukup memalukan kita mempunyai wakil rakyat seperti @rafiziramli . Amat kasihan rakyat Pandan.” tulis Latheefa pula yang menggunakan tweet handle @LatheefaKoya.

Papagomo kemudiannya bertanyakan kepada Latheefa adakah dia cuba menyembunyikan sesuatu dan mendakwa Latheefa telah menyekat akaun Twitternya.

“@LatheefaKoya block saya kerana apa? Takut dengan kebenaran? Usah berjuang jika takut nak berlawan dengan rakyat marhain,” dakwa Papagomo yang dibalas kembali oleh Latheefa dengan menulis “haha kamu ni penipu RT @Sir_Azri: block saya kerana apa? Takut dengan kebenaran? Usah berjuang jika takut nak berlawan dengan rakyat marhain.”

Papagomo kemudiannya dilihat ‘menyerang’ Latheefa dengan menyoal “Kamu @LatheefaKoya kenapa tak jadi wakil rakyat? Rekod kamu tak bersih ke?,” soalnya.

Ketika artikel ini ditulis, Latheefa masih belum membalas tweet tersebut.

Namun, Papagomo tidak berhenti di situ sahaja dan mengalihkan ‘serangannya’ kepada Anwar pula.

“Pihak pembangkang mahu saya masuk ke dalam penjara? Harap dapat duduk satu lokap dengan @anwaribrahim,” tulisnya, dipercayai merujuk kepada hukuman penjara lima tahun yang disabitkan oleh Mahkamah Rayuan kepada Anwar.

Terdahulu, Rafizi mendakwa Papagomo ataupun Wan Muhammad Azri telah berbohong dengan mahkamah apabila menafikan dia pernah menaiki kapal selam Scorpene.

Menurut Rafizi, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin Hussein, dalam jawapan kepada soalan lisannya di parlimen mengesahkan Wan Muhammad Azri pernah menaiki kapal selam Scorpene pada 9 Disember 2011.

“Jawapan Menteri Pertahanan kepada saya mengesahkan bahawa Wan Muhammad Azri Wan Deris adalah Papagomo kerana umum mengetahui bahawa Papagomo berada di dalam kapal selam Scorpene,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Rafizi, Papagomo telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan memberi keterangan palsu kepada mahkamah dan boleh dijatuhkan hukuman penjara 7 tahun.

Ekoran itu, Rafizi dan Naib Presiden PKR N Surendran akan membuat satu laporan polis terhadap Papagomo pada Selasa hadapan. -FMT

ULASAN GB

Papagomo meroyan, dah jadi seperti orang gila apabila dikantoikan oleh Menteri Pertahanan bahawa beliau adalah Wan Muhammad Azri yang berada di kapal selam Scorpene.

Ini menyebabkan Papagomo bakal menghadapi saman kerana berbohong di mahkamah apabila beliau pernah menafikan bahawa beliau pernah menaiki kapalselam Scorpene.

Kesalahan itu menyebabkan papagomo berhadapan hukuman penjara 7 tahun jika disabitkan kesalahan.

Itu sebab Papagomo menjadi semakin gila sekarang apa tah lagi sebelum ini Mahkamah Rayuan memerintahkan papagomo membayar RM300,000 kepada seorang ahli perniagaan. Di dalam satu kes berasingan pada bulan Februari lalu Mahkamah Tinggi memerintahkan beliau membayar RM850,000 kepada Datuk Seri Anwar.

Selepas kena saman, kena pula ancaman hukuman penjara dan kini meracau tak tentu hala menyerang Rafizi dan latheefa Koya.

Hanya ada satu jalan untuk Papagomo melepaskan diri hukuman penjara, iaitu mengisytiharkan dirinya "gila". "Orang gila" tidak terkena hukuman, tetapi Papagomo perlu dimasukkan ke Hospital Bahagia dan berdiam di sana...

Demikianlah ending Papagomo yang selama ini dipuji dan dipuja oleh pemimpin-pemimpin, macai-macai dan ahli-ahli UMNO terhadap kerja-kerja fitnahnya.

Dan itulah selayaknya hukuman yang diterima olehnya di dunia, di "akhirat", ada ceritanya namun itu urusan Allah s.w.t. jua.

Tiada ulasan: