MALAYSIAKINI
Dengan pesawat Malaysian Airlines (MAS) MH370 masih belum ditemui sehingga ini, para peguam berkata MAS terdedah luas kepada potensi tindakan undang-undang dari keluarga para penumpangnya.
Peguam yang berpejabat di Brisbane, Joseph Wheeler menjelaskan bahawa di bawah Konvensyen Montreal 1999 (dikemaskini pada 2009), syarikat penerbangan bertanggungjawab membayar pampasan bagi kehilangan yang terbukti sehingga RM570,820.
Untuk menangkis saman yang menuntut gantirugi melebihi RM570,820, maka konvensyen tersebut menyatakan bahawa MAS perlu membuktikan di mahkamah bahawa kehilangan pesawat itu bukan disebabkan kecuaian sendiri, atau pihak ketiga bertanggungjawab sepenuhnya terhadapnya.
Di sinilah di mana MAS mungkin berdepan dengan masalah.
"Bukti itu tidak ada untuk berhujah bahawa mereka tidak bersalah Mereka tidak boleh berhujah bahawa sesuatu yang lain yang bersalah seperti komponen pesawat atau pengeboman pengganas - sesuatu yang tiada dalam kawalan mereka," katanya.
Tanpa penemuan sebarang serpihan pesawat, tambahnya, MAS tidak ada peluang untuk berhujah mempertahankan dirinya.
Malaysia menandatangani Konvensyen Montreal mengenai liabiliti sekiranya berlaku kerosakan atau kehilangan kargo udara, bagasi, atau penumpang. Anak kapal, sebaliknya, dilindungi oleh skim pampasan pekerja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan