MALAYSIAKINI
MP Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad akhirnya meminta maaf kepada keluarga
mendiang Karpal Singh atas jemputannya kepada orang ramai untuk 'sambut
cabaran Karpal' yang tersiar pada lama Facebook beliau pada 17 April
lalu.
Nawawi dua hari lalu menyiarkan keratan laporan akhbar 24 tahun lalu
yang menegaskan pendirian Karpal menolak pembentukan negara Islam.
Karpal dalam keratan itu dilapor berkata "Mahu wujud negara Islam langkah mayat kami dulu".
Laman
Facebook dengan nama "Dato Ir Nawawi Ahmad" itu menyiarkan keratan itu
bersama status berbunyi "Siapa nak sahut cabaran Karpal Singh. Sila bagi
nama".
Hari ini, Nawawi meminta maaf menerusi status Facebook miliknya.
"Saya ingin menzahirkan perasaan kesal dan sesal saya atas perkara yang
berlaku dua hari lepas berhubung tulisan di laman Facebook peribadi saya
berkaitan kejadian yang menimpa mendiang Karpal Singh.
"Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan betapa kesalnya saya, dan
betapa perlunya saya meminta maaf kepada keluarga mendiang YB Karpal
Singh dan semua orang yang saya singgung dengan tulisan yang cuai dan
sia-sia itu," status Facebook terbaru Nawawi dipetik.
Beliau bagaimana pun tidak menyatakan sama ada status kontroversi sebelum ini ditulis beliau sendiri.
"Walaupun ada beberapa orang dan pengendali mengemaskini status Facebook
saya, saya bertanggungjawab sepenuhnya ke atas perkara yang telah
berlaku," katanya lagi.
Kenyataan beliau bersama seorang lagi bekas calon BN dalam pilihan raya
umum lalu, Datuk Zulkifli Nordin dikritik orang ramai termasuk Menteri
di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup yang menganggapnya
sebagai "amat kasar".
Zulkifli menyifatkan kematian Karpal sebagai memudahkan laluan untuk undang-undang hudud dilaksanakan.
1 ulasan:
mana ada orang bukan-Islam yang suka pada Islam dan Hukum Hudud ... karpal singh pun begitu juga ... tak guna marah ke dia ... sepatutnya marah kepada orang melayu Islam yang tak suka pada Islam dan tak mahu laksana Hukum Hudud ... orang ini: http://www.youtube.com/watch?v=h0oDU4FkClE
dan ini: http://www.youtube.com/watch?v=sUMkCAXDQlM
Catat Ulasan