MALAYSIAKINI
Bluefin-21, kenderaan dalam air autonomi (AUV) yang dikerah untuk
melaksanakan misi keduanya pada Selasa malam terpaksa naik ke permukaan
pada pagi Rabu bagi membaiki masalah teknikal.
Pusat Penyelaras Agensi Bersama (JACC) dalam satu kenyataan dikeluarkan
di sini berkata analisis awal data AUV, yang dimuat turun semasa berada
di geladak Kenderaan Pertahanan Australia (ADV) Ocean Shield, pada pagi
Rabu tidak menunjukkan sebarang pengesanan signifikan.
Bagaimanapun, adalah tidak jelas berapa lama Bluefin-21 berada di dalam air sebelum terpaksa naik ke permukaan.
Selepas membaiki kerosakan, Bluefin-21 menjalankan semula tugas pencarian.
Bluefin-21, yang dilengkapi sonar yang menggunakan bunyi akoustik bagi
menghasilkan peta 3D dasar laut, ditugaskan dengan harapan dapat
mengesan sebarang serpihan pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang.
Ia ditugaskan dari Ocean Shield ke kawasan 40km persegi untuk meneruskan
operasi mencari Boeing 777-200ER yang hilang, setelah tidak ada lagi
isyarat dikesan oleh 'pinger locator' sejak 8 April.
Pesawat MAS Penerbangan MH370 dengan 239 penumpang dan kru di dalamnya
berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 pagi 8 Mac dan
lenyap dari imbasan radar sejam kemudian ketika berada di ruang angkasa
Laut China Selatan.
Ia sepatutnya tiba di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.
Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pada 24
Mac - 17 hari selepas kehilangan pesawat itu - bahawa Penerbangan MH370
"berakhir di selatan Lautan Hindi".
- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan